Total Pageviews

Thursday, October 27, 2011

Soccerkids menyerang Pantai Timur..

Setelah selesai pencarian pemain Soccerkids di sebelah Utara, krew produksi Soccerkids menyerang kawasan Pantai Timur pula..

Pencarian bermula di Kelantan.. Kedatangan semula Soccerkids ke Kelantan memberi satu impak yang besar kepada adik-adik di Kelantan..

Ujibakat yang dijalankan di Kelantan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Hampir seribu lapan ratus peserta dari Kelantan datang mencuba nasib untuk menjadi pemain bola sepak pasukan Soccerkids..



Tengok nie bukan main ramai lagi adik-adik kat Kelantan nie yang datang audition Soccerkids.. Bersemangat betul adik-adik kat Kelantan nie..

Walaupun jumlah kehadiran peserta yang ramai dan kerenah ibubapa yang pelbagai krew produksi Soccerkids berjaya memastikan semuanya berjalan dengan lancar..


Bukan adik-adik kita je yang bersemangat.. Ibubapa pun hadir sama memberikan sokongan kat adik-adik kita nie..
Walaupun keadaan di Kelantan agak kelam kabut, adik-adik di sini tetap mempamerkan pemainan yang berkualiti..
Selesai ujibakat di Kelantan, pencarian di teruskan di Pahang pula.. Sambutan yang di berikan oleh adik-adik di Pahang menggalakan. Kemunculan semula Soccerkids di Pahang sedikit sebanyak memberikan peluang kepada adik-adik di Pahang yang berbakat..

Walaupun keadaan padang yang berlopak dan basah akibat daripada hujan lebat pada hari sebelumnya ia sedikit pun tidak mematahkan semangat adik-adik di Pahang ini..




Nie lah sebahagian aksi-aksi menarik adik-adik kat Kuantan.. Padang basah dan berlopak pun adik-adik nie tetap main bersungguh-sungguh..

Semangat Tok Gajah yang ada dalam diri adik-adik di Pahang nie lah yang membuat mereka untuk bemain walaupun dalam keadaan padang yang berlopak..

Kembalinya Soccerkids ke Pantai Timur banyak memberikan peluang untuk adik-adik di sini menunjukkan bakat-bakat bermain bola sepak mereka..

No comments:

Post a Comment