Total Pageviews

Tuesday, February 22, 2011

Kegembiraan berganda!!!


jangan lupa saksikan episode 7
Dah puas training, tiba masanye untuk perlawanan persahabatan. Kali nie Coach bawa pemain-pemain nie ke Port Dickson untuk perlawanan persahabatan. Pasukan lawan kali nie boleh tahan hebat juga.

Penjelas tentang startegi dan taktikal.


sedang khusuk mendengar penjelasan dari coach Azmi

Lawan Soccekids kali nie merupakan pasukan Melaka Selection. Pemain-pemain Melaka Selection nie merupakan pemain bawah 14 tahun. Nie merupakan satu cabaran untuk pemain-pemain Soccerkids. Kalau nak tahu apa yang berlaku dalam perlawanan nie , Tunggu.......

Pemanasan badan sebelum bermualanya perlawanan persahabatan


Pasukan bawah 14tahun Negeri Melaka

Pemulaan perlawanan persahabatan masing masing gementar nie...

Alang-alang dah sampai Port Dickson, Coach pun bawa pemain-pemain nie berjalan-jalan di Glory Beach resort. Terima kasih lah kepada pihak pengurusan dan Kak Nora yang sudi meluangkan masa untuk menaja Soccer kids musim kali ini. Banyak gak tempat-tempat menarik di Glory Beach Resort. Antaranya Turtle Sanctuary dan Rabbit Farm, Go kart dan banyak lagi lah...


Terima kasih kepada Glory Beach Resort kerana sudi menaja Soccer Kids

malam terakhir pihak Glory Beach Resort menyediakan BBQ lagi tau..... 


Bukan main seronok lagi pemain-pemain nie. Maklumlah stress dengan training. Masa nie lah pemain-pemain nie nak berehat. Kalau dah budak tu macam-macam gelagat lah ada. Nak tengok gelagat pemain-pemain nie jangan lupa tengok Soccerkids Ahad nie...

Sempat lagi mandi swimming pool di Glory Beach Resort

Kat Port Dickson nie, pemain-pemain nie menginap kat Glory Beach Resort Port Dickson. Yang menariknye kat sini ada Extreme Park. Macam-macam games die orang main.

Disini mereka juga menyediakan Go Kart, masing masing tunggu giliran.
tak sabar kan...

wajah wajah kepuasan bermain go kart, ada yang nak buat 2 kali .


Garisan permulaan, mereka tak boleh belumba takut berlaku kecederaan

Bukan pemain tu je yang seronok. Coach pun sama seronok juga. Games yang ada kat sini memang best. Ada go-kart, paintball, volleyball macam-macam lagilah kalau nak tahu boleh kunjungi Glory Beach Resort sendiri. 

inilah masanya waden kita yuss untuk berehat... penat betul jaga pemain Soccer kids nie lah kata kan

Jangan lupa sertai Quiz mingguan dan menangi hadiah Ipad, PSP dan banyak lagi. www.tv3.com.my/soccerkids3 dan boleh cari kami di Facebook  soccerkidstv3 .

Tengok Jangan tak tengok!!!

Thursday, February 17, 2011

Banyaknye kejutan...


Banyak betul kejutan yang pemain Soccerkids musim nie dapat ye. Lepas satu-satu kejutan budak-budak nie dapat. Minggu nie juga ada kejutan untuk budak-budak nie.

Minggu nie budak-budak nie dikejutkan dengan kehadiran seseorang. Terkejut juga budak-budak nie. Maklumlah muka orang tu bukan main garang lagi. Masing-masing muka dah mula cuak. Nak tau siapa orang tu, jangan lupa tengok Soccer kids Ahad nie.


Training minggu nie Coach lebih menekan pada posisi pertahanan. Mana tak nye, kan budak-budak nie kalah first game die orang.Kalo tak macam mana nak menang games lepas nie.


Tak kan asyik nak training aje. Kenalah berhibur gak. Budak-budak pun tau gak stress. Nak hilangkan stress budak-budak nie di bawa mereka berjalan ke Putrajaya. Amboi amboi amboi... bukan main seronok lagi budak-budak nie. Dah lama tak berjalan-jalan katanye. Sebab tu seronok semacam je.. Nak tau budak-budak nie buat apa kat Putrajaya kenalah tengak Soccer kids, 7.30 malam Ahad nie. Tengok jangan tak tengok!!!


Selain dari main bola sepak, budak-budak nie juga kena promosikan program Socccer kids. Budak-budak dan Coach di jemput hadir ke rancangan Malaysia Hari Ini (MHI).Masing-masing muka cuak. Pas dah masuk studio MHI semua cuak hilang. Maklumlah satu Malaysia dapat tengok die orang. Makin glamour lah dia orang lepas nie..

Kalo nak tau lebih lanjut episode apa yang ada dalam minggu nie jangan lupa tengok Soccer kids kat TV3 Ahad 7.30 malam. Layari juga laman sosial kami kat Facebook. Banyak gambar budak-budak nie kat situ.

Bagi yang terlepas episode yang lepas layari http://www.tonton.com.my/ dan sertai peraduan Soccerkids di www.tv3.com.my/soccerkids3 . Pelbagai hadiah menarik seperti Ipad, PSP dan banyak lagi....


video

Aksi-aksi menarik dalam Soccer kids episode 6.

Tuesday, February 8, 2011

Di sebalik tabir pembikinan Soccer Kids.

Sebelum nie kite asyik bercerita pasal budak-budak Soccer kids je, apa yang die orang buat, kerenah die orang dan macam-macam lagi. Sekarang nie apa kata kalau kite bercerita pasal krew-krew yang bertanggungjawab dalam pembikinan Soccer kids musim 3. 


Inilah jejaka yang bertungkus lumus dalam pembikinan Soccer kids 3


Krew-krew yang terlibat tak lah ramai sangat. Tapi cukuplah untuk menyiapkan 14 episod Soccer kids untuk musim nie. Kebanyakan daripada  mereka adalah jejaka jejaka idaman malaya (cehhh....) perasan sangatkan.Tapi kalau tengah kerja semua fokus kat kerja masing-masing.

Sekarang nie krew-krew masih sibuk lagi dalam menyiapkan kesemua 14 episod. 

Itulah serba sedikit pasal krew-krew yang terbitkan Soccer kids. Sekarang nie orang ramai dah tau lah  siapa yang produce, buat editing, cameraman untuk Soccer kids kali ini.

Dah puas bercerita pasal krew-krew, sekarang nie nak cerita sikit pasal episod minggu nie. Episod kali nie budak-budak Soccer kids ada perlawanan persahabatan menentang MBSA Soccer kids. Nama macam sama, tapi berbeza. 

Ketika sesi pemanasan badan di parking lot kereta MBSA, Class kan nak menang punya pasal kene warm up dulu okay...


Ini lah pasukan lawan Soccer kids daripada MBSA, dengar cerita mereka ini bawah 14 tahun waaahh...
Perlawanan pertama nie memang meriah. Ramai yang datang untuk berikan sokongan kat budak-budak nie. Lebih menarik lagi penyokong pasukan MBSA siap buat buffet makanan dan minuman lagi percuma pulak tu ada satay, murtabak, roti canai, ade mee goreng, kuih muih, puttu piring pun ada, fuhhhh banyak lagi  dah jadi macam pasar malam kat padang MBSA.
Untuk pengetahuan anda ini semua adalah percuma. jadi semua yang makan adalah krew dan pemain tetapi pemain soccer kids tak boleh sebab coach cakap takut badan berat nak main nanti.

Tapi tak tau lah sama ada semua nie rancangan pihak MBSA untuk melekakan pemain Soccer kids. Macam-macam makanan ada. Sedap-sedap pulak tu. Semua tu bukan halangan. Budak-budak Soccer kids dapat tumpukan perhatian pada permainan.

yang berbaju merah peresan kacak ini lah warden adik adik ini asyik nak membebellllll aje.... yang adik adik kita ini semua tahan sebab tengok pasukan lawan makan meriah...

Tengah sibuk-sibuk memilih makanan kedua-dua pasukan dikejutkan dengan hujan yang lebat. Gelisah juga coach kedua-dua pasukan. Tak tau lah boleh main dalam hujan ke tak? Taktik pun kena tukar. Maklumlah tak terpikir pun kena main dalam hujan.Lopak sana sini dah boleh ternak ikan lah orang kata.

kalau tengok rasa lopak ini boleh ternak ikan air tawar jenis apa agaknya....?

Sementara tunggu hujan berhenti Coach suruh budak-budak nie panaskan badan kat dalam parking lot. Coach tak nak budak-budak nie tak cergas. Kreatif juga coach kite nie. Walaupun tak dapat turun ke padang kat parking lot pun jadi.  

Pertemuan antara Soccerkids dan MBSA

Yang menarik episod kali ini akan ada penyingkiran!!!! jeng jeng jeng.... Pelbagai kejutan akan berlaku pada episod kali ini. Kalau nak tau apa kejutannye jangan lupa saksikan Soccer kids Ahad nie jam 7.30 malam hanya di TV3. 

Syami atau Sarjen tercedera ketika cuba menyelamatkan keadaan yang cemas pada perlawanan.

Peminat Soccer kids juga jangan lupa sertai peraduan Soccer kids. Anda boleh menang iPad, PSP, dan banyak lagi jadi jangan lupa Layari www.tv3.com.my/soccerkids3 untuk maklumat lanjut.


Coach Azmi dan jugak Team manager Mr Baskaran (baju biru) berbincang dengan pengadil (baju merah & Hitam) 



Tamat perlawanan jika anda nak tahu siapa menang saksikan soccer kids Ep 5

 Salah seorang Director Sham (baju hijau) berhujan untuk mendapatkan visual ketika perlawanan dan adik adik kita ini dengan keletihan untuk pulang.


Bagi yang ketinggalan menyaksikan episod-episod lepas bolehlah layari http://www.tonton.com.my/