Total Pageviews

Tuesday, February 8, 2011

Di sebalik tabir pembikinan Soccer Kids.

Sebelum nie kite asyik bercerita pasal budak-budak Soccer kids je, apa yang die orang buat, kerenah die orang dan macam-macam lagi. Sekarang nie apa kata kalau kite bercerita pasal krew-krew yang bertanggungjawab dalam pembikinan Soccer kids musim 3. 


Inilah jejaka yang bertungkus lumus dalam pembikinan Soccer kids 3


Krew-krew yang terlibat tak lah ramai sangat. Tapi cukuplah untuk menyiapkan 14 episod Soccer kids untuk musim nie. Kebanyakan daripada  mereka adalah jejaka jejaka idaman malaya (cehhh....) perasan sangatkan.Tapi kalau tengah kerja semua fokus kat kerja masing-masing.

Sekarang nie krew-krew masih sibuk lagi dalam menyiapkan kesemua 14 episod. 

Itulah serba sedikit pasal krew-krew yang terbitkan Soccer kids. Sekarang nie orang ramai dah tau lah  siapa yang produce, buat editing, cameraman untuk Soccer kids kali ini.

Dah puas bercerita pasal krew-krew, sekarang nie nak cerita sikit pasal episod minggu nie. Episod kali nie budak-budak Soccer kids ada perlawanan persahabatan menentang MBSA Soccer kids. Nama macam sama, tapi berbeza. 

Ketika sesi pemanasan badan di parking lot kereta MBSA, Class kan nak menang punya pasal kene warm up dulu okay...


Ini lah pasukan lawan Soccer kids daripada MBSA, dengar cerita mereka ini bawah 14 tahun waaahh...
Perlawanan pertama nie memang meriah. Ramai yang datang untuk berikan sokongan kat budak-budak nie. Lebih menarik lagi penyokong pasukan MBSA siap buat buffet makanan dan minuman lagi percuma pulak tu ada satay, murtabak, roti canai, ade mee goreng, kuih muih, puttu piring pun ada, fuhhhh banyak lagi  dah jadi macam pasar malam kat padang MBSA.
Untuk pengetahuan anda ini semua adalah percuma. jadi semua yang makan adalah krew dan pemain tetapi pemain soccer kids tak boleh sebab coach cakap takut badan berat nak main nanti.

Tapi tak tau lah sama ada semua nie rancangan pihak MBSA untuk melekakan pemain Soccer kids. Macam-macam makanan ada. Sedap-sedap pulak tu. Semua tu bukan halangan. Budak-budak Soccer kids dapat tumpukan perhatian pada permainan.

yang berbaju merah peresan kacak ini lah warden adik adik ini asyik nak membebellllll aje.... yang adik adik kita ini semua tahan sebab tengok pasukan lawan makan meriah...

Tengah sibuk-sibuk memilih makanan kedua-dua pasukan dikejutkan dengan hujan yang lebat. Gelisah juga coach kedua-dua pasukan. Tak tau lah boleh main dalam hujan ke tak? Taktik pun kena tukar. Maklumlah tak terpikir pun kena main dalam hujan.Lopak sana sini dah boleh ternak ikan lah orang kata.

kalau tengok rasa lopak ini boleh ternak ikan air tawar jenis apa agaknya....?

Sementara tunggu hujan berhenti Coach suruh budak-budak nie panaskan badan kat dalam parking lot. Coach tak nak budak-budak nie tak cergas. Kreatif juga coach kite nie. Walaupun tak dapat turun ke padang kat parking lot pun jadi.  

Pertemuan antara Soccerkids dan MBSA

Yang menarik episod kali ini akan ada penyingkiran!!!! jeng jeng jeng.... Pelbagai kejutan akan berlaku pada episod kali ini. Kalau nak tau apa kejutannye jangan lupa saksikan Soccer kids Ahad nie jam 7.30 malam hanya di TV3. 

Syami atau Sarjen tercedera ketika cuba menyelamatkan keadaan yang cemas pada perlawanan.

Peminat Soccer kids juga jangan lupa sertai peraduan Soccer kids. Anda boleh menang iPad, PSP, dan banyak lagi jadi jangan lupa Layari www.tv3.com.my/soccerkids3 untuk maklumat lanjut.


Coach Azmi dan jugak Team manager Mr Baskaran (baju biru) berbincang dengan pengadil (baju merah & Hitam) 



Tamat perlawanan jika anda nak tahu siapa menang saksikan soccer kids Ep 5

 Salah seorang Director Sham (baju hijau) berhujan untuk mendapatkan visual ketika perlawanan dan adik adik kita ini dengan keletihan untuk pulang.


Bagi yang ketinggalan menyaksikan episod-episod lepas bolehlah layari http://www.tonton.com.my/















No comments:

Post a Comment