Total Pageviews

Sunday, January 30, 2011

Seronoknya....


Seronoknya tengok budak budak tu kan .. Itu baru skit kalau anda semua duduk dengan die orang lagi pecah perut, di akademi soccer kids macam macam karektor yang kita dapat tgk... Kalau anda perasaan yang si kecil Faisal tu memang nampak peramah bukan main. Ada yang jadi agen perisik nak tau siapa ahhh tunggu.....


Salah seorang budak-budak nie katanya "egen perisik ". Kalau nak tau sape ejen tu tengok lah Soccerkids.

Ini kisah seorang anak yang duka nestapa sebab rindukan mak dia. Si aidil malam malam tiba tiba warden yang tukang jaga budak-budak nie dah kejutkan si director Eric, nada dia " Ric, ric ada budak nangis rindu mak" mau tak terbahak si Eric gelak. Dia bawak kamera terus terjah ala-ala Nas Ahmad. Kate nye tak rindu konon dah pujuk-pujuk baru ngaku rindu mak... Itu kes rindu mak.. Lepas habis shooting sang director pun balik bilik konon nak tdo, datang si warden Yuss yang suke membebel nie terjah si Eric cakap " Eric ada budak gaduh!!! " lahh kene kerja lagi si Eric lari bawak kamera.... Yang lawak nya selisih paham antara seorang yang besar seorang yang kecik tapi yang nangisnya si besar lawaknya.... nak tau tgk minggu nie...


Dari kiri Ikmal, Din dan Hidayat. Hidayat nie lah budak besar yang bergaduh dengan budak kecik tu. Kalo nak tau sape budak kecik tu tengok lah Soccerkids.

Macam macam telatah die orang nie.. Yang si Fareez katanya penakut sampai tidur pun kene bukak lampu satu bilik , paling menarik lagi yang duduk satu bilik dgn dia Haiqal suka mengigau siap berjalan lagi... mau dia tak takut... ayat si Fareez " bang dia siap bangun malam malam jalan gie kat cermin ambik air pastu tido tapi die tak minum air tu..." Dah sudah sampai ke pagi tak tidor budak tu dibuatnya... tanya si haiqal di cakap " doq ehh saya dok tidoq elok ja" ahhh sapa nak jawab tu.. 

Kalau nak difikirkan biasalah lumrah dunia macam macam orang pelbagai kerenah. Minggu nie mereka di bawak ke Cheringgin Hill sebab dah asyik training kat tempat sama so kali nie kita tukar angin pergi ke Janda Baik. Tapi sebelum tu ada yang merajuk nak balik katanya sebab die cakap soccer kids tak bawak jalan jalan tak sama mcm tahun lepas nak tau siapa itu si Daniel. Siap nak telefon mak cakap nak balik, tapi mak dia habaq kat cheq " saya habaq kat dia jangan nak balik, pi dok sana blajaq main bola" tu dia.... Biasa lah kalau budak macam macam kerenah dia orang.


Makanan kat Cheringgin Hill memang sedap-sedap, tapi doa makan jangan lupa baca.

Bukan main gembira lagi Linkesh, Syamirul, Ikmal, Haikal kat bilik hotel  dieorang.



Amboi siap mandi kolam beramai-ramai lagi budak-budak nie.

Bagi anda yang ketinggalan menyaksikan episode yang lepas, anda boleh layari www.tv3.com.my/soccerkids3 dan melalui http://www.tonton.com.my/. Dan juga jangan lupa sertai kuiz soccerkids. terdapat pelbagai hadiah menarik macam Ipad, PSP dan macam mcam lagi. Mana tau anda penonton yang bertuah. Jadi apa lagi tunggu saksikan soccerkids setiap Ahad 7.30 malam TV3.

Tukar angin ke Janda Baik


Selepas seminggu berlatih di padang Wisma FAM, para pemain Soccer kids di bawa ke Janda Baik untuk meneruskan latihan. Ini bertujuan untuk meningkatkan stamina para pemain. Coach juga nak para pemain dapat merasa suasana yang berbeza di Janda Baik. Maklum lah pasni para pemain akan beraksi kat luar negara untuk perlawanan akhir. Kenalah bersedia awal-awal. 

Kat sana mereka di taja oleh Cheringin Hills Spa and Resort. Bukan main seronok lagi budak-budak nie. Bukan selalu dapat pergi tempat yang cantik. Udara nyaman kat sini. Ada jugak yang baru first time duduk kat hotel. Mana tak seronok budak-budak tu.

Dapat tido kat bilik besar, katil yang empuk, makanan yang sedap, macam-macam lagilah budak-budak nie dapat. Semua dah lupe diri. Siap ada yang berposing sakan kat dalam bilik bergambar.



Makanan yang disediakan Cheringin Hill bukan setakat sedap malah berkhasiat plak tu.



Amboi Syazwi nak jadi model ke nak jadi pemain bola nie.



Bukan main gembira lagi Haikal, Syamirul, Linkesh, Ikmal dan Aidil kat dalam bilik hotel die orang.


Team Voice Out ada join gak pergi Janda Baik. Dieorg nak highlightkan pasal budak-budak nie. Bagus gak ada publisiti macam nie. Pasni ramai lah orang kenal budak-budak nie. Maklum lah dapat masuk tv. TV3 plak tu. Sape yang tak tengok tv3.

Seronok-seronok gak. Tapi trainning jangan lupa. Dah puas berseronok kat bilik hotel, budak-budak nie kena trainning balik macam biasa. Trainning mula pagi macam biasa. Kena berlari, passsing bola, macam-macam lagi lah budak-budak nie kena buat. Kalau tak dapat buat semua nie macam mana nak lawan team antarabangsa.


Masing-masing dah tak sabar nak bermain kat padang Janda Baik. Maklumlah pandang bola sepak kat sini memang cantik. Cuaca pun nyaman tak macam kat bandar.



Main bola nie bukan setakat tendang bola je, kenalah tau macam mana nak tendang bola.

Budak-budak nie juga dapat peluang main bola kat padang kat Janda Baik. Sebab cuaca kat sana agak sejuk susah gak budak-budak nie nak main bola mula-mula. Tapi pas dah biasa, semua nak tunjuk skills masing-masing.

Dalam syok-syok main ada sorang budak nie terjatuh. Teruk gak luka kat lutut die. Budak yang injured tu Ikmal. Lutut die dah luka sebelum nie kena eksos motor. Ish budak nie, kecik-kecik lg dah bawa motor.



Pergh!!! Teruk gak luka kat kaki Ikmal nie.




Kesian gak tengok muka Ikmal tahan sakit.


Kat sana budak-budak nie bukan setakat trainning je, sesi Recovery ada gak dilakukan oleh fisioterapi kat budak-budak nie. Sesi nie macam renggangan otot lah, tapi kat dalam swimmming pool. Sesi nie memang menarik.

Mula-mula terkejut gak budak-budak nie. Tak plak die orang tau ada orang renggangan otot dalam air. Susah gak budak-budak nie nak ikut mula-mula. Tapi pastu ok. Bukan main seronok lagi budak-budak nie buat.

Nie lah sesi Recovery yang di jalankan oleh fisioterapi.

Macam-macam pengalaman baru yang budak-budak nie dapat kat Soccer kids. Harap-harap budak-budak nie dapat lah bersedia sepenuhnya sebelum menentang pasukan antarabangsa untuk final nanti.

Tuesday, January 25, 2011

Episod 3- 24 pemain yang terbaik ke KRM...



Selesai pemilihan di FAM, coach telah memilih 24 pemain untuk menyarung jersi Soccer kids. Kesemua 24 pemain ini memiliki ciri-ciri yang coach perlukan. Bagi memudahkan sesi latihan dijalankan, mereka akan di tempatkan di Kompleks Rakan Muda (KRM) Bukit Kiara.


Di KRM nie, mereka akan menjalani latihan yang betol dan pemakanan mereka akan di jaga bagi memastikan mereka mendapat khasiat yang sepenuhnye. Dengan cara nie barulah dapat melahirkan atlet yang berkualiti.




Bukan main bersemangat lagi mereka menjalani latihan di bawah kelolaan coach Azmi.
Kat sini latihan demi latihan dan perlawanan persahabatan akan mereka tempuhi bagi mempersiapkan diri sebelum perlawanan akhir dengan pasukan antarabangsa.




Seriusnye muka Coach Azmi nie. Maklum lah budak-budak nie degil sikit, kenalah serius sikit kalau nak melatih mereka. 


Macam-macam jenis latihan yang mereka kena buat. Kalau nak jadi pemain yang bagus kenalah rajin trainning.
 

Kalau dah budak tu budak juga lah. Kat KRM nie barulah masing-masing tunjuk perangai. Kalau yang degil tu takpe lah juga. Coach boleh marah atau denda je. Tapi kalau yang menangis rindu kat mak ayah, merajuk dengan kawan-kawan yang lain macam mana coach nak buat. Bukan senang nak jaga 24 orang budak-budak nie. Macam-macam kerenah. Kadang-kadang kesian juga kat coach kena melayan kerenah mereka. Nak tengok kerenah mereka jangan lupa saksikan Soccerkids. 










Di KRM nie bukan trainning bola sepak je, mereka juga kena belajar macam biasa juga. Coach juga mengutamakan pelajaran mereka.



Dapat peluang main kat padang semua nak tunjuk kehebatan masing-masing. Tapi memang hebat pun  mereka nie.


Walaupun masih baru lagi main bersama, mereka dah mula tunjukkan keserasian.








Kat KRM nie semua benda mereka kena buat sendiri. Antaranya mereka kena basuh baju sendiri. Kesian juga tengok mereka. Nasib baiklah KRM sediakan mesin basuh untuk mereka gunakan. Tak lah susah sangat mereka nak basuh baju. Dengan cara nie bolehlah mereka belajar untuk berdikari. Tak kan lah asyik nak harapkan mak ayah je. Nak tau boleh ke tak mereka basuh baju jangan lupe saksikan Soccer kids 30 Januari jam 7.30 malam. 


Inilah dia 24 orang permain yang terpilih untuk menyarung jersi Soccer kids. Nak tau lebih lanjut mengenai mereka jangan lupa saksikan Soccer kids.


Episode kali ini banyak kejutan akan berlaku. Pelbagai reaksi dapat disaksikan dalam episode kali ini. Nak tau apa kejutan dan reaksi mereka jangan lupa saksikan Soccer kids Ahad nie ekslusif di TV3.

Peminat Soccer kids jangan lupa sertai peraduan Soccer kids. Pelbagai hadiah lumayan ditawarkan. Untuk maklumat lanjut layari www.tv3.com.my/soccerkids3.

Monday, January 17, 2011

Episode 2- Suka duka di Pemilihan di FAM


Setelah selesai sesi pemilihan di lima buah negeri, pemilihan pemain untuk pasukan Soccer kids di teruskan di padang bola sepak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pemilihan kali ini dilakukan sebanyak tiga sesi. Pemilihan kat FAM kali nie Coach akan jalankan sistem Round Robin. Maksud round robin nie semua pemain akan dapat bermain lebih daripada satu perlawanan. Dengan cara nie coach dapat menilai sepenuhnya kualiti setiap pemain.

Pemilihan kat FAM nie Coach mengutamakan cara pemainan para pemain. Coach nak tengok kebolehan setiap pemain. Para pemain akan dinilai melalui skill individu dan teamwork dengan pemain lain. Nie sebab kebanyakan pemain tak pernah main sekali. Sebab tu Coach nak tengok budak-budak nie boleh main sekali ke tak. Bola sepak kan permainan berpasukan.



Bukan main tekun lagi budak-budak nie mendengar taklimat daripada Coach. Macam nie barulah berdisiplin.

Pemilihan kat FAM nie juga akan tentukan posisi para pemain. Nie sebab banyak pemain tak tau posisi yang sesuai ngan die orang. Sebab ada segelintir pemain main bola sebab suka-suka. Sebab tu ada yang tak tau posisi mana yang sesuai ngan cara die orang bermain. 


Semua tengah berdebar-debar menanti keputusan daripada Coach. Entah dapat entah tidak.

Pemilihan kat FAM nie juga tak ketinggalan dengan gelagat ibu bapa dan para pemain. Ada pemain yang dah berkumpul kat padang FAM sejak 6 pagi lagi. Bersemangat sungguh budak-budak nie. Maklumlah bukan mudah nak menyarung jersi Soccer kids nie. Pemain kenalah betul-betul berkualiti kalau nak bermain untuk pasukan Soccer kids.

Kehadiran ibu bapa pemain cukup memeriahkan pemilihan kat FAM kali nie. Mereka sentiasa memberikan sokongan kat anak-anak mereka untuk berjaya dalam sukan boal sepak. Kalau nak tengok gelagat ibu bapa para pemain jangan lupa saksikan Socccer kids 23 Januari nie.


Walaupun suasana tegang menanti keputusan, budak-budak nie masih sempat bergambar kenang-kenangan.

Episode kedua sekali lagi berkisah mengenai Linkesh. kali nie Linkesh di tegur oleh Coach Lim mengenai permainan die. Nak tau kena Coach Lim tegur die jangan lupa saksikan Soccer kids Ahad nie jam 7.30 malam.

Dalam episode satu ibu bapa tak puas hati ngan Coach. Tapi episode kali nie ibu bapa bersetuju plak ngan Coach. Ibu bapa pemain nie bersetuju anak die tarik diri pada pemilihan kat FAM selepas dinasihati oleh Coach. Nak tau kenapa pemain tu tarik diri jangan lupa saksikan Soccer kids hanya di TV3.


Coach dan krew produksi berbincang dalam memcari pemain yang terbaik untuk bermain dengan pasukan Soccerkids. 



Coach bersedia untuk mengumumkan keputusan siapa yang terpilih menyertai pasukan Socccerkids.

Saat yang dinanti-nantikan oleh semua pemain dan ibu bapa. Keputusan sama ada terpilih atau tidak.


Walaupun tidak terpilih untuk bermain dengan Soccerkids budak-budak nie dapat juga hadiah saguhati daripada pihak TV3.

Kat sesi pemilihan kali nie banyak kecederaan berlaku di kalangan pemain. Nie mungkin sebab die orang tak biasa ngan keadaan padang FAM. Nak tau serius ke tak kecederaan yang berlaku jangan lupa tengok Soccer kids Ahad nie jam 7.30 malam hanya di TV3.  

Soccer kids musim nie ada menyediakan hadiah yang menarik untuk dimenangi penonton setia. Untuk mengetahui lebih lanjut layari www.tv3.com.my/soccerkids3










Monday, January 10, 2011

Apa yang menarik di Soccerkids episode 1


Setelah ke udara selama dua musim, Soccer kids kembali untuk musim ketiga. Kali ini lebih banyak aksi-aksi menarik akan dipertontonkan. Pelbagai gelagat daripada perserta dan ibubapa yang akan mencuit hati penonton. Soccer kids musim ketiga akan mula bersiaran pada 16 Januari 2011. Soccer kids akan bersiaran selama 14 episode pada jam 7.30 malam setiap Ahad.  

Soccer kids kali ini masih lagi mengekalkan Aidid Marcello sebagai pengacara. Aidid memang sesuai dengan rancangan macam nie.



Aidid Marcello sekali lagi diberikan kepercayaan untuk mengacarakan Soccer kids musin ketiga.


Episode pertama akan memperkenalkan barisan jurulatih yang bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Jurulatih yang akan melatih peserta soccerkids ialah Coach Azmi, Coach Asri dan Coach Lim. Soccer kids kali ini ada kelainan. Proses penyingkiran akan di buat secara berperingkat. 16 permain terbaik juga akan diterbangkan keluar negara untuk perlawanan persahabatan dengan pasukan antarabangsa.



Coach-coach yang di pertanggungjawabkan untuk melatih peserta Soccer kids musim  ketiga.

Soccer kids musim ini akan menjalani sesi pemilihan di lima buah negeri di Semenanjung Malaysia. Negeri yang terlibat dengan sesi pemilihan ialah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor.



Pemilihan perserta Soccer kids di Kelantan mendapat sambutan yang mengalakan.



Peserta dari negeri Kedah tidak terkecuali memberikan sambutan terhadap Soccer kids.



Ramai jugak peserta dari Penang yang nak memcuba nasib bermain untuk team Soccer kids. 



Biarpun panas peserta Soccer kids dari Kuala Lumpur tetap sabar menunggu giliran untuk pamerkan aksi masing-masing.


Seperti musim sebelumnya, Soccer kids kali ini tidak ketinggalan dengan pelbagai ragam para peserta dan ibubapa. Antaranya pertelingkahan di antara datuk peserta dengan coach. Datuk peserta tak puas hati sebab cucu dia tak terpilih. Datuk peserta tak henti-henti menyatakan cucu dia pandai main bola. Padahal tendang bola pun tak betol. Nak tahu lebih lanjut jangan lupa saksikan Soccer kids bermula 16 Januari ini.


Yang baju kuning tulah datuk yang bengang dengan coach sebab tak pilih cucu dia main untuk Soccer kids.

Tak cukup dengan datuk yang tak puas hati, ada juga bapa yang bengang anak dia tak dapat masuk Soccer kids. Ini sebab anak dia tak cukup umur. Nak tau apa yang coach cakap jangan lupa tengok Soccer kids.

Selain daripada gelagat peserta dan ibubapa, peserta Soccer kids musim lalu juga turut hadir untuk memberi sokongan pada peserta musim ini. Semangat seperti inilah yang diperlukan di kalangan pemain bola di Malaysia. Sebab dah tiba masanya kita memberi sokongan dalam pembangunan bola sepak di Malaysia.


Peserta Soccer kids musim kedua juga turut hadir memberikan sokongan kepada peserta-peserta Soccer kids musim ini.

Seperti musim sebelum nie Soccer kids kali ini juga di harap dapat melahirkan pemain -pemain yang dapat mengantikan pemain bola sepak sedia ada. Rata-rata perserta kali ini cukup berbakat. Mungkin satu hari nanti mereka dapat bermain untuk pasukan Malaysia sekaligus mempertahankan kejuaran AFF Cup yang dimenangi baru-baru ini.   

Setiap musim mesti ada peserta yang buat coach bengang. Mesti ada je peserta yang datang lambat. Macam-macam alasan dieorg bagi. Balik rumah tukar bajulah, pergi makanlah macam-macam lah budak-budak nie. Nak tau ape coach buat kat budak-budak nie kenalah tunggu Ahad jam 7.30 malam. Jangan lupa.



Kesian plak tengok budak-budak nie kena bebel dengan coach. Tapi sape suruh korang buat hal.

Korang ingat lagi tak kat Linkesh dan Sharil. Budak berdua nie ada gi audition musim lepas, tapi sebab ada masalah yang tak dapat nak elakkan, dua-dua tak dapat masuk Soccer kids. Nak tau nasib dieorang kali ini jangan lupa tengok.

Nie lagi satu hal. Belum start main bola sorang peserta nie dah muntah. Bukan sikit die muntah, banyak plak tu. Nasib baik ada Pertahanan Awan kat situ. Dapatlah diberikan pertolongan kecemasan kat peserta.

Soccer kids kali ini ada menyediakan hadiah untuk penonton setia. Pelbagai hadiah yang menarik bakal diberikan kepada penonton bertuah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut saksikan Soccer kids musim ketiga. Jangan ketinggalan.

Musim kali ini banyak aksi-aksi menarik dan kejutan yang bakal berlaku. Kalau nak tau jangan lupa saksikan Soccer kids 16 Januari, jam 7.30 malam hanya di tv3. Jangan lupa tengok.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Soccer kids, bolehlah layari laman web rasmi http://www.tv3.com.my/ layari facebook taip Soccerkids TV3.