Total Pageviews

Friday, November 26, 2010

English Please...!!!!!


Ini lagi satu cerita bila kita dah mula cebur dalam sesuatu bidang dan mula serius dan ingin menjadi lebih profesional kena lah tahu cakap bahasa english , maka tak lah org memperkecilkan kita. Jadi kita dah tahu, ada peserta soccer kids pada tahun lepas langsung tak tahu ckp bahasa english... yerlah kalau kita bawa mereka ke peringkat internasional tak lah mereka bagaikan rusa masuk kampung. yelah nak  cakap bahasa english tak tahu , tak paham. 

Jadi pada kali ini kita jemput org England untuk  mengajar mereka bercakap bahasa english dan berani berdepan dengan org datang dari negara luar. Kami bawakan Edward thomas dari Football Focus. 

Peserta Soccer kids diberi peluang untuk bertanya ini juga merupakan langkah yang paling berani


Mereka sempat bergurau dan kenakan Edward. Kami harap mereka dapat belajar sesuatu dari Edward


Penerengan berkenaan cara untuk memberanikan diri untuk bercakap di hadapan org ramai


Diharap apa yang mereka dapat selain dari seronok mereka juga dapat belajar sesuatu dari soccer kids


Selepas ini mereka akan berentap untuk perlawanan persahabatan. nak tahu bertemu siapa... nantikan. jika anda ingin mengikut perlawanan atau menyaksikan sendiri anda boleh dtg ker padang MBSA Shah Alam  pada 27 nov jam 4ptg. Kita Jumpa disana.




Thursday, November 25, 2010

Hari yang Pertama di Pusat Latihan Soccer Kids


Selepas bertungkus lumus di FAM kini kami sudah pun berjaya memilih 24 peserta yang layak untuk menyarung jersi Soccer kids. Tapi ini tidak bermakna mereka akan ke perlawanan akhir menentang pasukan antarabangsa. Mereka juga akan menjalani latihan dan juga beberapa ujian bagi memastikan hanya yang layak mendapat tempat di Soccer kids. Nak tahu berapa org yang akan ke final tunggu... 


24 peserta yang terpilih dari seluruh Malaysia

Ni kami nak cerita berkenaan dengan latihan pusat mereka pada hari pertama mereka di sini mereka telah pun dibawa untuk sesi bergambar. Lokasi photoshoot di sri pentas TV3. Yang menariknya mereka sempat berjumpa dengan Fara Fauzana....

Fafau sedang sembang dgn Finalis Soccer Kids


Sebelah petang mereka mula membuat Lite training. Nama jer latihan ringan tapi nak patah kaki jugak ikut mereka nie. mereka kena berlari pusing disekeliling Kompleks Rakan Muda sebanyak 6x tanpa henti... fuhhhh.... jenuh.... 
6x Pusing tanpa henti.... saya 3x jer nah nak pengsan

Coach buat ini bagi memastikan mereka cukup stamina dan juga ketahanan yang tinggi, Bukan nak dera. Alhamdulillah mereka menjalani latihan dengan baik.. Coach memberi pujian dekat mereka walaupun mereka kecil tapi berjiwa kental... Selepas memanaskan badan mereka mula membuat latihan sepakkan.. bagaimana cara sepakkan yang betul...

Walaupun penat selepas pemilihan tak habis lagi mereka tetapi berlatih utk menentang pasukan lawan

Kehidupan mereka disini dikawal rapi dari permakanan sehingga aktiviti diluar padang supaya apa yang dilakukan tidak mendatangkan kecederaan, ye lah bukan apa takut tak sempat nak lawan bola dah ada kecederaan. Nantikan mereka selepas ini sebab mereka akan diberikan kejutan, nak tahu nantikan.... 

Gegaran Johor Bahru


Setelah beberapa minggu kami lalui sepanjang pemilihan apa yang kami terima di JB adalah satu arus yang paling mengerunkan bagi kami kerana hampir 2000 peserta dtg untuk menjalani pemilihan. Bayangkan lah kami terpaksa membuat salinan sebanyak 2x selepas kami edarkan borang tapi tak cukup. 


Anda Boleh lihat bagaikan satu fenomena yang melanda di JB untuk merebut gelaran Pemain Soccer Kids. Di Johor Bahru pada mulanya semua berjalan dgn lancar sehingga pada tengahari kami terpaksa mempercepatkan proses pemilihan kerana ada ibu bapa yang mula rasa tidak puas hati kerana tunggu terlalu lama. Tapi kami berjaya menghabiskan pemilihan peringkat pertama pada jam 130tgh. 

Kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Thistle Johor Bahru kerana sudi menaja 100% krew penerbitan Soccer Kids , kami akan jumpa lagi anda pada tahu hadapan, Tapi siapakah yang terpilih ke peringkat seterusnya di FAM... Nak Tahu tunggguuuu....

Aidid di menara Dataran Johor Bahru, Tgk ramai nyeee...

ketika aidid di menara.




Thursday, November 11, 2010

Gelombang akhir pemilihan..


Gelombang akhir kini tiba. kami dari soccer kids ankan menjelajah ke selatan tanah air iaitu di Johor Bahru.
Jika tahun lepas kami berjaya memilih 5 org wakil dari Johor adakah kali ini lebih...? atau kurang...?
Mohd Faizen salah seorang pemain dari Johor Bahru. Lebih mesra di panggil BANG BRAHIM.

Tahun lepas juga ada yang berbakat tapi tidak ke Kuala Lumpur atas alasan kene khatan kena balik kampung nenek atok dan macam macam lagi...

Tapi kali ini kami akan pasti kan pemilihan dapat berjalan lancar ... jika tahun lalu kami medapat hampir 1500 penyertaan di Johor bahru, adakah pada tahun ini lebih atau kurang... 

jom kite recap balik aktiviti Budak Budak Soccer kid tahun lepas...


Aktiviti "Fine Dining" etika yang betul untuk makan malam formal.

Berpakaian suit yang kacak kacak nie semua disediakan oleh TV3 bagi nampak mcm Profesional nye player..




  

Wednesday, November 10, 2010

Gelombang akhir pemilihan..



Kini dah tiba gelombang akhir yang akan kami lalui di bahagian selatan. Kalau nak tahu pada tahun lepas kami dapat ramai dari selatan tapi bila sampai jer keperingkat pemilihan akhir masing masing tak boleh dtg sebab kene khattan, kene hantar rumah atuk .... 

Sabar jer lah.... tapi tak ape tahun ini kami harap akan ada wajah baru yang akan mengegarkan dunia bola sepak pada kali ini. 

Macam macam plaining kita dah buat, macam macam kejutan kami dah bincangkan nak tahu ahhh tunggu... tapi kami juga perlukan sokongan anda di luar sana peminat dunia bola sepak sila bagi kan idea yang baik untuk jadikan rancangan Soccer kids bertambah baik.. tak lah syok sendiri yang penting anda adalah pilihan utama kami!!

Kalau rancangan lain bagi biasiswa untuk ke UK, kami ada kejutan yang lagi best kami akan bagi yang terbaik supaya peserta yang menyertai Soccer kids bukan hanya disini tapi akan terus diserapkan ke sekolah sukan, tak kira lah mane pun , sebab Jurulatih kami didatangkan dari Sekolah Bandar Penawar.

Tuesday, November 2, 2010

Gegaran Penang!!!!



Sesi pemilihan di Penang Pulau Mutiara! Seramai 750 peserta telah menggegarkan Padang Komplek Sony Seberang Jaya Pulau Penang. Sambutan yang kami dapat begitu menghangatkan daripada awal pagi hingga ke petang. Tidak kurang ibu bapa yang hadir menghantar anak masing-masing untuk melayakkan diri ke dalam kelab Soccer Kids.


peserta beratur untuk mengambil borang penyertaan



Peserta-peserta dari seluruh pelusuk negeri Pulau Penang turun ke padang untuk menguji bakat dan menunjukkan kemahiran masing-masing. Kita dapat melihat adik-adik yang memakai pelbagai jersi kelab bola sepak yang menjadi kegemaran mereka. Sudah tentu mereka ni mempunyai idola pemain bola sepak yang tersendiri.

Aidid Marcello memerhatikan pelbagai gelagat peserta
Walaupun program bermula seawal jam 8 pagi namun program ni tetap menerima peserta sehingga petang. Kami mendapat kunjungan peserta yang cukup ramai sehingga Aidid termenung seketika tak dapat nak mengawal keadaan di padang Komplek Sony Seberang Jaya Pulau Penang.

orang kuat dalam program soccerkids tv3
Wah, tak tentu hala kami di buatnya.. bukan setakat melayan peserta tapi ibu bapa peserta pun kena layan juga kerenah mereka. Begitu lah keadaan di Pulau Penang. Nantikan kami di Padang Dataran Bandaraya Johor Bahru untuk sesi pemilihan seterusnya.



Monday, November 1, 2010

Kedah memberangsangkan!



Soccer kids di Padang Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar. Peserta di Kedah lebih ramai kali ini. Sambutan diluar jangkaan. Ada yang kami terima maklumbalas sebuah rancangan realiti hanya menerima 150 saja kemudian tidak terima lagi. kami mendapat hampir 500 peserta ... hampir pengsan kami melayan kerenah mereka di Alor Setar. 


pemain menunggu giliran untuk masuk ke padang
Seperti yang kita nampak, para peserta begitu semangat mengangkat tangan untuk masuk ke padang bagi menunjukkan bakat masing-masing. Macam-macam gelagat yang kita dapat saksikan.


Seorang atok yang sedang 'promote' cucunya
Nampaknya seorang atok yang sedang 'promote' cucunya untuk dipilih sementara peserta yang lain sedang sibuk dalam sesi pemilihan. Alangkah bagusnya jika cucunya bersemangat seperti atoknya. kalau anda nak tahu ada satu scene di luar jangkaan , perbalahan atoknnya dengan penonton. Nak tahu sila tonton soccer kids TV3.




Keputusan pada tangan Aidid Marcelo
               
yeah..keputusan senarai peserta yang dipilih telah diketahui. Siapa agaknya peserta dari Kedah ni akan layak ke peringkat seterusnya??? pening kepala coach nak pilih sebab bakat yang datang semua nya hebat hebat. kita tunggu dalam peringkat seterusnya.. Tunggu kami di Penang!


Masing masing tengah berdebar sebab kene bagi sehabis baik kalau tak angkat kaki jawab nya.....