Total Pageviews

Monday, January 16, 2012

SIAPA MEREKA??

by M SAMSAIROL CHE AMAN

Selepas bermulanya latihan pusat tetapi kami masih lagi tidak mengumumkan siapakah 24 peserta akhir soccerkids musim ke 4 kali ini. Jadi kami perkenalkan 24 peserta yang terpilih inilah wajah yang bakal memeriahkan soccerkids kali ini.


Ahmad Nazri Mazafar 
Lebih mesra dipanggil Angah,dilahirkan pada tanggal 12 September 1999,berusia 12 tahun berasal dari Kuala Pilah Negeri Sembilan. lebih cenderung di posisi mid flieder kanan dan orangnya agak pendiam. 

Ainol Hakim Mustafa Bakri
Mesra dengan panggilan Ainol ,dilahirkan pada 22 Februari 1999, Berusia 12 tahun berasal dari ipoh perak, gemar menyanyi lagu yang sering menjadi siulannya adalah "aku maafkan kamu" dari jamal dan bermain di posisi defend kiri. 

Asmaie Alias
Dilahirkan pada tanggal 21 Mei 1999,Berusia 12 tahun berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ,Anak ke 2 dari 5 adik beradik dan berada di posisi penyerang dalam pasukan Soccer Kids. Seorang yang mudah tersentuh dan amat setia pada rakan rakannya. 

Muhammad Faiz Aminuddin
Memegang posisi Penjaga Gol, berasal dari Seberang Perai dan dilahirkan pada 20 Februari 1999, berusia 12 tahun. seorang yang sangat ceria dan suka mengusik rakan-rakannya

Helmi Faqri Rusmin
Berasal dari Changlun,Kedah dilahirkan pada tanggal 25 April 1999,berusia 12 tahun. Bermain diposisi pertahanan kiri dan midfield kiri dalam pasukan Soccer Kids. Terkenal sebagai seorang yang suka melawak dikalangan rakan-rakan. 

Izziudin Izron
Dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 8 Februari 1999, berusia 12 tahun. Bermain di posisi tengah, seorang yang sangat suka bercakap dan mesra bila berhadapan dengan camera.

Izzul Danish Fadzil
Dilahirkan pada tanggal 20 April 1999, berusia 12 tahun dan berasal daripada Rawang, Selangor. Bermain diposisi pertahanan tengah. Seorang yang sangat pemalu dan pendiam namun terkenal dengan panggilan Black dikalangan rakan-rakan dan krew produksi Soccer Kids

Muhammad Reza Fikri Othman
Berada diposisi pertahanan tengah dan kanan, dilahirkan pada tanggal 31 Mei 1999 berusia 12 tahun. Berasal dari Seberang Prai,Pulau Pinang. Seorang yang gemar menonton DVD semasa berada di Akademi Soccer Kids

Mior Dani Armin Mior Ariffen
Berasal daripada Batu Caves, Selangor, dilahirkan pada 19 Januari 1999 berusia 12 tahun. Memegang posisi tengah semasa berada dalam pasukan soccer kids. Seorang yang penyayang tetapi dalam masa yang sama penakut

Mohamad Aizat Safuan Razali
Berasal daripada Kuala Ketil,Kedah dilahirkan pada tanggal 10 Mac 1999 berusia 12 tahun. Bermain diposisi Sayap Kanan. Seorang yang berkebolehan bermain mengunakan kedua-dua belah kaki.

Mohamad Arrief Fahmi Mohamad Azam
Dipertanggungjawabkan untuk memegang posisi Penjaga Gol, berasal dari Bandar Jengka Pahang, dilahirkan pada 24 Januari 1999 berusia 12 tahun. Terkenal dengan panggilan Maran dikalangan rakan-rakan dan coach. Berkebolehan bermain diposisi midfielder 

Muhammad Aiman Mohd Zaini
Dilahirkan pada tanggal 26 Julai 1999, berusia 12 tahun dan berasal dari Parit, Perak. Merupakan pemain paling cilik didalam pasukan Soccer Kids. Bermain diposisi sayap kiri. Terkenal dengan panggilan YOP dikalangan rakan-rakan. Seorang yang periang dan serius ketika didalam padang. 

Muhammad Aliff Aiman Mazlan
Berasal dari Kajang,Selangor dan dilahirkan pada 11 Oktober 1999 berusia 12 tahun. bermain diposisi penyerang. seorang yang tenang dan adakalanya suka membuat lawak.

Muhammad Amin Mohd Kharnain
Dilahirkan pada tanggal 5 September 1999 berusia 12 tahun dan berasal daripada Lumut, Perak. Bermain diposisi pertahanan. Satu-satunya pemain yang berkaca mata (rabun) yang berjaya terpilih ke Akademi Soccer Kids

Muhammad Azhar Mohd Apandi
Dilahirkan pada tanggal 16 Mei 1999, berusia 12 tahun dan berasal dari Puchong, Selangor. Ditugaskan untuk berada diposisi pertahanan. Terkenal dengan pangilan Apek dikalangan raan-rakan dan krew produksi. Seorang yang agak serius dan mementingkan semangat setia kawan

Mohammad Farez Aiman Marzuki
Berasal dari Pendang, Kedah dilahirkan pada 10 Januari 1999 berusia 12 tahun. Bermain diposisi Penyerang. Seorang yang sangat suka bercakap namun fokus ketika berada didalam padang

Muhammad Helmi Abdul Aziz
Dilahirkan pasa tanggal 27 Julai 1999, berusia 12 tahun dan berasal dari Kluang,Johor. Berada diposisi Pertahanan dan sangat aktif serta cukup lawak.

Muhammad Jazslan Mad Gani
Berasal daripada Alor Setar, Kedah, dilahirkan pada 9 Ogos 1999 berusia 12 tahun. Diberi kepercayaan untuk berada diposisi midfielder. Seorang yang periang,suka bercakap serta mempunyai kebolehan tersendiri iaitu menyanyi. Lagu yang selalu diperdengarkan kepada rakan-rakan ialah "Ibu"  

Muhammad Nur Aiman Mohd Nizal
Dilahirkan pada 1 Mac 1999, berusia 12 tahun dan berasal dari Perai, Pulau Pinang. Berada diposisi pertahanan dan pernah mengalas tugas sebagai Kapten pasukan Soccer Kids. Seorang yang sangat pembersih serta teratur

Muhammad Nurfais Johari
Berasal dari Bayan Lepas,Pulau Pinang dan dilahirkan pada tanggal 27 Mac 1999, berumur 12 tahun. Ditugaskan untuk bermain diposisi Pertahanan. Pernah mewakili Malaysia bawah 12 tahun ketika bermain di Saitama Jepun. Seorang yang suka bergurau dan mengusik rakan-rakannya

Muhammad Syahrul Aizat Anis Roslan
Dilahirkan pada 28 Februari 1999,berumur 12 tahun dan berasal dari Rawang, Selangor. Bermain diposisi midfielder . Seorang yang pendiam dan sentiasa memberi fokus ketika didalam kelas.

Muhammad Zahril Azri Zabri
Dilahirkan pada tanggal 4 Februari 1999,berusia 12 tahun dan berasal dari Georgetown,Pulau Pinang. Mengalas tugas sebagai penyerang dan pernah mewakili Malaysia bawah 12 tahun di Saitama, Jepun. Menyimpan cita-cita untuk menjadi pemain kebangsaan suatu hari nanti

Nur Khir Aiman Saipul Bahri
Berasal dari Shah Alam, Selangor dan dilahirkan pada 7 Jun 1999, berusia 12 tahun. Memegang posisi Tengah ketika berada dalam pasukan Soccer Kids. Seorang yang pendiam tetapi adakalanya suka menyakat rakan-rakannya

Wan Zakhrul Hakimi Wan Isa
Dilahirkan pada 11 Januari 1999, berusia 12 tahun dan berasal dari Batu Caves, Selangor. Menggalas tugas sebagai Penjaga Gol pasukan Soccer Kids. Pernah mewakili Malaysia bawah 12 tahun di Saitama, Jepun. Seorang yang mengambil berat tentang rakan-rakannya.

Mohammad Isamudin & Assfadzli
Buat pertama kalinya Akademi Soccer Kids mempunyai 2 orang fisioterapi untuk memastikan tahap kesihatan dan kecergasan para pemain terjaga. Mempunyai kelulusan yang diiktiraf serta pengalaman yang luas dalam bidang fisioterapi. 

Ganasamurthy( Jurulatih ),Khalid Shahdan ( Ketua Jurulatih),
 Zainudin Yusof ( Jurulatih Penjaga Gol )
Inilah barisan Jurulatih yang akan memikul tanggungjawab besar melatih para pemain Soccer Kids musim ke 4 yang diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)