Total Pageviews

Tuesday, December 6, 2011

LATIHAN PUSAT SOCCER KIDS 4 KINI BERMULA!

By Alsyuhariq Amran


Bertempat di MSN, Bukit Jalil seramai 24 pemain yang bertuah telah dipilih untuk membawa cabaran menjulang nama Soccer Kids sekali lagi...adik-adik kita memang bertuah sebab selepas pemilihan diantara 50 yang terbaik..mereka terus diserap masuk ke kem latihan Soccer Kids dan terpaksa meninggalkan keluarga untuk masa sebulan..ada yang sedih....ada yang gembira ...tapi yang penting mereka ni semuanya bersemangat.


Selepas lebih kurang seminggu berlatih bersama... pemain-pemain Soccer Kids telah menerima kejutan yang pertama apabila dibawa ke Singapore untuk menghadapi perlawanan persahabatan ynag pertama untuk menentang team dari Singapore iaitu Woodlands Soccer Academy (WSA)....


inilah barisan kita.....

barisan pihak lawan.....

pemain mendengar arahan dari coach...
pada mulanya permainan mereka agak gementar dan kelam kabut, mungkin sebab mereka ni tak serasi lagi atau masih mencari rentak permainan..WSA lebih menonjol dengan serangan dan percubaan merbahaya...mereka berjaya memecah kebuntuan melalui sepakan percuma dan disudahi dengan tandukan kencang menewskan penjaga gol kami iaitu FAHMI.


susah juga nak serang team WSA ni.....

babak kedua lebih menarik... coach melakukan pertukaran dan menukar taktik permainan supaya dapat mengimbangi serangan pihak lawan....serangan demi serangan dilakukan yag kemudianya membuahkan hasil. Pemain kecil dan lincah dari Perak, Muhammad Aiman berjaya menyamakan kedudukan dengan sepakan deras menewaskan penjaga gol....

Aiman melakukan sepakan sudut...
pemainan diteruskan sehingga ke wisel penamat... perlawanan pertama mereka berkesudahan dengan seri SOCCER KIDS (1) vs WSA (1)....selepas tamat perlawanan mereka telah dibawa ke sebuah tempat yang menarik....hmmmm... dimana ya???

teruskan bersama kami untuk pengembaraan Soccer Kids yang seterusnya.....jangan lupa!!!!

 




Thursday, October 27, 2011

Soccerkids menyerang Pantai Timur..

Setelah selesai pencarian pemain Soccerkids di sebelah Utara, krew produksi Soccerkids menyerang kawasan Pantai Timur pula..

Pencarian bermula di Kelantan.. Kedatangan semula Soccerkids ke Kelantan memberi satu impak yang besar kepada adik-adik di Kelantan..

Ujibakat yang dijalankan di Kelantan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Hampir seribu lapan ratus peserta dari Kelantan datang mencuba nasib untuk menjadi pemain bola sepak pasukan Soccerkids..



Tengok nie bukan main ramai lagi adik-adik kat Kelantan nie yang datang audition Soccerkids.. Bersemangat betul adik-adik kat Kelantan nie..

Walaupun jumlah kehadiran peserta yang ramai dan kerenah ibubapa yang pelbagai krew produksi Soccerkids berjaya memastikan semuanya berjalan dengan lancar..


Bukan adik-adik kita je yang bersemangat.. Ibubapa pun hadir sama memberikan sokongan kat adik-adik kita nie..
Walaupun keadaan di Kelantan agak kelam kabut, adik-adik di sini tetap mempamerkan pemainan yang berkualiti..
Selesai ujibakat di Kelantan, pencarian di teruskan di Pahang pula.. Sambutan yang di berikan oleh adik-adik di Pahang menggalakan. Kemunculan semula Soccerkids di Pahang sedikit sebanyak memberikan peluang kepada adik-adik di Pahang yang berbakat..

Walaupun keadaan padang yang berlopak dan basah akibat daripada hujan lebat pada hari sebelumnya ia sedikit pun tidak mematahkan semangat adik-adik di Pahang ini..




Nie lah sebahagian aksi-aksi menarik adik-adik kat Kuantan.. Padang basah dan berlopak pun adik-adik nie tetap main bersungguh-sungguh..

Semangat Tok Gajah yang ada dalam diri adik-adik di Pahang nie lah yang membuat mereka untuk bemain walaupun dalam keadaan padang yang berlopak..

Kembalinya Soccerkids ke Pantai Timur banyak memberikan peluang untuk adik-adik di sini menunjukkan bakat-bakat bermain bola sepak mereka..

Wednesday, October 26, 2011

Pencarian bakat muda bola sepak Malaysia diteruskan..

Pemilihan pemain soccerkids Musim ke empat diteruskan. Setelah selesai pemilihan di Johor Bahru, krew produksi Soccerkids meneruskan pencarian ke Utara pula.. Audition Soccerkids di Utara bermula di Kedah Darul Aman.

Pemilihan yang dijalankan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong mendapat sambutan yang cukup menggalakan Seawal jam 7 pagi lagi adik-adik di Kedah telah berkumpul di sini.. Masing-masing tidak sabar untuk menunjukan bakat masing-masing.




Tengok nie.. Bukan main bersemangat lagi adik-adik nie.. Pagi-pagi lagi dah berkumpul kat padang..

Bukan adik-adik nie je yang bersemangat.. Ibu bapa pun turut sama berkumpul kat padang.. Macam nie baru lah bagus.. Beri sokongan kat anak-anak..

Yang menarik sepanjang pemilihan Soccerkids musim ini ialah rata-rata peserta ujibakat Soccerkids memakai jersi pasukan Malaysia. Berbeza dengan pemilihan Soccerkids musim yang lepas kebanyakkan para peserta memakai jersi pasukan Liga Perdana Inggeris.
 

Haaa.. Tengok nie.. Bukan main bergaya lagi adik-adik nie.. Siap pakai jersi Harimau Malaya lagi..
                                             

Nampak gayanya adik-adik nie semua dah mula menunjukkan semangat cintakan pasukan Malaysia. Ini merupakan satu semangat yang bagus. Harap-harap adik-adik yang berjaya menyertai pasukan Soccerkids musim ke empat nie nanti berpeluang mewakili Malaysia. Bolehlah Soccerkids tumpang glamour..

Selesai pencaraian di Kedah, krew produksi Soccerkids meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang pula.. Pemilihan di Pulau Pinang di jalankan di padang Kompleks Sukan dan Reaksi Sony. Pemilihan di Pulau Pinang ini sedikit terganggu akibat keadaan cuaca yang tidak menentu..




Tengok nie.. Bukan main hebat lagi adik-adik kat kawasan Utara nie.. Siap terbang lagi..


Nie baru sikit je aksi-aksi menarik adik-adik kat kawasan Utara nie..

Walaupun hujan hampir sepanjang ujibakat, adik-adik di Pulau Pinang terus memberikan sokongan kepada Soccerkids.. Keadaan yang padang basah dan berlopak sedikit menyukarkan pemainan adik-adik kita nie. Tapi adik-adik nie tetap menunjukkan kehebatan masing-masing dalam pemainan bola sepak..


Bukan main khusyuk lagi Coach tengok adik-adik kat kawasan Utara nie.. Maklumlah adik-adik kat sini berbakat.. Pilih Coach jangan tak pilih..

Begitulah bersemangatnya adik-adik di kawasan Utara nie.. Tak kisah apa jua keadaan pun mereka semua tetap hadir untuk ujibakat Soccerkids Musim ke 4 nie..

Bagi adik-adik yang nak melihat gambar aksi-aksi menarik dan gelagat peserta ujibakat Soccerkids di Kedah dan Pulau Pinang jangan lupa like page kami di facebook/Soccerkids TV3..

Teruskan menyokong Soccerkids dalam usaha mencari bakat-bakat muda dalam pemaianan bola sepak di Malaysia..



  

Tuesday, October 4, 2011

Soccerkids kembali!!

Setelah tiga musim berlalu, Soccerkids kini kembali dengan musim yang ke empat. Soccerkids musim ke empat memulakan sesi pemilihan di Johor Bahru..

'Seawal jam tujuh pagi adik-adik nie dah berkumpul kat padang.. Bersemangat sungguh adik-adik kita nie..'














Seperti tahun-tahun sebelumnya, Johor Bahru mendapat sambutan yang menggalakan daripada adik-adik kita. Sejak awal pagi lagi adik-adik kita telah berkumpul di Dataran Bandaraya Johor Bahru..











Seperti biasalah audition Soccerkids turut di hadiri oleh ibubapa adik-adik kita nie. Yang menariknya ada ibubapa yang lebih bersungguh-sungguh berbanding anak-anak mereka.


'Gelagat ibubapa turut memeriahkan audition Soccerkids di Johor Bahru nie...'







Ada ibubapa yang turut sama menjerit-jerit kat luar padang menyokong anak-anak mereka. Tak kurang juga ada ibubapa yang turut sama memberi arahan kat anak-anak mereka macam mana nak main bola..

Macam-macam gelagat yang ada kat audition kali nie. Yang tak dapat dilupakan ada seorang bapa nie yang marah kat krew sebab tak sediakan pen untuk dia.

Dia cakap dia datang sini bawa anak dia nak main bola bukan nak pergi sekolah. Bila krew tanya anak dia bawa kasut bola tak, dia boleh plak cakap tak bawa.. Aish!! Macam mana tu??

Kalau nak cakap pasal semangat, adik-adik kat Johor Bahru nie memang bersemangat. Ada seorang adik siap menangis lagi pasal tak dapat nak tunjukkan kehebatan dia kat coach..


'Haa.. Nie lah sebahagian aksi-aksi menarik adik-adik di Johor Bahru.. Masing-masing nak tunjukkan kehebatan..'








Adik nie kaki die melecet. Sebab tulah dia tak dapat nak main bola betul-betul. Kesian juga tengok adik nie. Dia betul-betul bersemangat tapi tak dapat nak main elok-elok pasal kaki dia melecet..


'Bukan main tekun lagi adik-adik kita nie dengar taklimat daripada Coach.. Kalo nak jadi pemain bola sepak yang bagus kenalah dengar cakap coach..'






Ingat Shahril lagi tak? Shahril nie pernah sertai audition Soccerkids yang lepas. Tapi dia tak dapat nak sertai pasukan Soccerkids sebab dia cuti bersunat. Kali nie dia cuba lagi. Kalo nak tahu Shahril nie terpilih atau tidak kena lah tunggu ye..


'Yang berbaju merah tu lah Shahril.. Dah tiga tahun berturut-turut dia pergi audition Soccerkids..'



Tulah serba sedikit sepanjang audition Soccerkids di Johor Bahru. Kalau nak tau lebih lanjut pasal audition Soccerkids Johor Bahru nantikan Soccerkids Musim ke 4..


Sebahagian gelagat krew produksi sepanjang audition Soccerkids di Johor Bahru...








Jangan lupa untuk like facebook/SoccerkidsTV3. Pelbagai informasi dan aktiviti melibatkan Soccerkids ada kat situ. Teruskan menyokong Soccerkids untuk memajukan sukan bola sepak Malaysia..



Tuesday, August 9, 2011

Kota london!!!!



Kehebatan kota London!!!!


Selepas Haikal dan Faisal dinobatkan sebagai pemenang Soccerkids musim ketiga, mereka masing masing memulakan hidup sebagai pemain bola sepak yang lebih profesional. Haikal di Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor, dan Faisal di Sekolah Sukan Pulau Pinang. 


Haikal Bersama salah seorang pemain yang dibawa ke Spurs untuk latihan nama nya Brian.

Faisal ketika di tempat menunggu sebelum berlepas.

Cabaran ingin menjadi seorang pemain bola sepak bertaraf internasional bukan setakat di bumi Malaysia saja tapi mereka patut didedahkan kepada dunia luar dengan cara pemainan dan cara didikkan oleh jurulatih internasional.

Pintu masuk Academy. Tottenham Hotspur.

TV3 Soccerkids dengan secara tiba tiba mengumumkan pemenang akan dibawa ke London untuk berlatih di Tottenham Spurs Academy, Kedua dua pemain yang iaitu Haikal and Faisal terkejut. Tapi kenapa Tottentham Spurs sebab ramai pemain yang bagus datangnya dari situ. Ramai juga pemain yang bagus dari Tottenham  seperti Peter Crouch, Gareth Bale, Roman Plavlyuchenko, Aaron Lennon dan ramai lagi.



Berlatar belakangkan Tottenham Team sedang menjalani latihan.

Mereka bukan saja berlatih di sana malah mereka turut di bawa berjalan jalan  disekitar kota London. Pelbagai aksi dan gelagat mereka yg menarik sepanjang berada di sana. Anda patut tonton Soccerkids Special London pada September nanti.

Piccadilly Circus Diantara tempat yg menjadi tumpuan ramai bukan saja dari org tempatan malah seluruh dunia.

Haikal dan Faisal bukan saja yang datang dari Asia mereka juga bersama pemain dari Hong Kong iaitu Bred and Monty masing masing warga negara British tetapi mereka menetap di Hong Kong. Bayangkan yang Haikal boleh cakap bahasa English tapi tak lah fasih sangat Faisal emmmmm berat mulut.

Haikal Bersama Monty dari Hong Kong Berusia 11 tahun


Sempat juga mereka melawat di Wembley Stadium

Faisal di meja sidang akbar stadium Wembley.. bertuah rasanya dapat duduk di kerusi yang pernah duduk oleh pemain profesional.



Big Ben

bersama krew penerbitan ketika di kota London.

di depan Marriot Hotel London

pandangan Jauh Big Ben

Sempat lah jugak bergambar di London Eye

di Underground atau di Kuala Lumpur kita panggil LRT.

Ini lah pejabat Perdana Menteri England.

Trafalgar Square tempat yang berlangsung live countdown olimpic

menjelajah kota London dengan menaiki cruise.... Syok nya!!!

Westminster Abbey tempat perkhawinan diraja.

Ramai yang nak masuk kami tengok dari luar saja.

Coach yang mengajar Haikal dan Faisal ketika di Tottenham 
(Dari kiri  Miles, Haikal, Ryan) 

Pemain beg piap yang terkenal di Scottland juga sempat mereka bergambar.

Nak dijadikan cerita faisal di kejar oleh anjing ini ketika berjalan di park.
Faisal tekun melihat latihan pasukan Tottenham berlatih.

Di Town Waltham Abbey. kebanyakkan bangunan disini telah pun si bina dari tahun 1820 lagi.... lamakan....

Bila bercakap macam ayam dan itik tapi mereka dapat berkawan. Nak tahu mcm mana mereka bercakap tengok Soccerkids special. Banyak lagi saya nak kongsikan tapi tak terlarat nak menaipnya. Jangan lupa saksikan Soccerkids Special akan datang sempena Soccer kids musim baru.

jika anda ini menyaksikan pengalaman mereka di kota London layari di facebook.com/soccerkidstv3