Total Pageviews

Tuesday, December 6, 2011

LATIHAN PUSAT SOCCER KIDS 4 KINI BERMULA!

By Alsyuhariq Amran


Bertempat di MSN, Bukit Jalil seramai 24 pemain yang bertuah telah dipilih untuk membawa cabaran menjulang nama Soccer Kids sekali lagi...adik-adik kita memang bertuah sebab selepas pemilihan diantara 50 yang terbaik..mereka terus diserap masuk ke kem latihan Soccer Kids dan terpaksa meninggalkan keluarga untuk masa sebulan..ada yang sedih....ada yang gembira ...tapi yang penting mereka ni semuanya bersemangat.


Selepas lebih kurang seminggu berlatih bersama... pemain-pemain Soccer Kids telah menerima kejutan yang pertama apabila dibawa ke Singapore untuk menghadapi perlawanan persahabatan ynag pertama untuk menentang team dari Singapore iaitu Woodlands Soccer Academy (WSA)....


inilah barisan kita.....

barisan pihak lawan.....

pemain mendengar arahan dari coach...
pada mulanya permainan mereka agak gementar dan kelam kabut, mungkin sebab mereka ni tak serasi lagi atau masih mencari rentak permainan..WSA lebih menonjol dengan serangan dan percubaan merbahaya...mereka berjaya memecah kebuntuan melalui sepakan percuma dan disudahi dengan tandukan kencang menewskan penjaga gol kami iaitu FAHMI.


susah juga nak serang team WSA ni.....

babak kedua lebih menarik... coach melakukan pertukaran dan menukar taktik permainan supaya dapat mengimbangi serangan pihak lawan....serangan demi serangan dilakukan yag kemudianya membuahkan hasil. Pemain kecil dan lincah dari Perak, Muhammad Aiman berjaya menyamakan kedudukan dengan sepakan deras menewaskan penjaga gol....

Aiman melakukan sepakan sudut...
pemainan diteruskan sehingga ke wisel penamat... perlawanan pertama mereka berkesudahan dengan seri SOCCER KIDS (1) vs WSA (1)....selepas tamat perlawanan mereka telah dibawa ke sebuah tempat yang menarik....hmmmm... dimana ya???

teruskan bersama kami untuk pengembaraan Soccer Kids yang seterusnya.....jangan lupa!!!!

 




No comments:

Post a Comment

Post a Comment