Total Pageviews

Tuesday, April 9, 2013

INI SATU PEMBAZIRAN  ?

By M Samsairol Che Aman


   Setelah 4 musim berlalu ada yang menyatakan soccerkids ini adalah satu pembaziran besar besaran oleh TV3. Sebenarnya apa yang kami sediakan adalah platfom untuk menunjukan bahawa di Malaysia kita mempunyai bakat yang luar biasa dari usia kanak kanak lagi. kita tidak ketandusan pemain muda, cuma kita perlu cari dan cungkil dimana mereka berada.

 khalid shadan ketika soccerkids musim ke 4

    Dari musim 1 ramai pemain soccerkids telah menyertai skuad harimau muda C dan Arrif Farhaan yang masih berusia 17 tahun beraksi untuk pasukan harimau Muda A. Ini satu pencapaian yang cukup membangakan bagi kami di Soccerkids TV3. Hampir ke semua bekas pemain soccerkids telah pun berjaya memasuki sekolah sukan kebangsaan dan sekolah suka Negeri. Ini bukan satu pembaziran. Kami juga di soccerkids memdedahkan mereka bagaimana cara pemilihan serta latihan yang diberikan oleh jurulatih yang diiktiraf FAM selaku badan induk bola sepak di Malaysia.

Aizat diantara pemain berbakat besar yang pernah dilahirkan oleh soccerkids 
  
 Saksikan soccerkids All stars, banyak kejutan dan juga pengalaman baru yang kami sediakan untuk penonton serta pemain soccerkids. Yang Pastinya mereka harus bersaing sesama sendiri untuk mendapat tempat ke peringkat akhir soccerkids All Stars. 

Sertai Kuiz mingguan kami di facebook SOCCERKIDSTV3 untuk memenangi hadiah esklusif kami. 

Diantara hadiah yang menanti anda untuk kuiz mingguan di facebook kami.




APA YANG MENARIK!!

Apa Yang menarik di soccerkids All Stars 

Tahun ini merupakan tahun yang agak sukar untuk kami jalankan rakaman kerana banyak dugaan sepanjang perjalanan kami di beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa. 

Jadi kami perkenalkan beberapa pemain Soccerkids All Stars 2013.


MUHAMMAD DANIEL AMIER
Pemain Tengah
- Sentuhan bola yang baik
- Kreatif dalam menjana serangan.

 MUHAMMAD NAZRUL NAJMI
Penyerang
- Bijak dalam mengelirukan pertahanan lawan.

MUHAMMAD IZZAFIQ RUZI
Pemain Pertahanan
- Pemain pertahanan yang rajin. Mampu membantu bahagian serangan.

 MOHAMMAD AMIRUL MUHAMAD
Pemain Pertahanan
- Mengetuai jentera pertahanan. Kental dan keras dalam melakukan terjahan. (a.k.a Pepe Real Madrid) 

 MUHAMMAD AZRUL HAZIQ
Pemain Pertahanan
- Pemain pertahanan tengah yang pantas.

 MUHAMMAD AZAM JAIS
Penjaga Gol
- Mempunyai fizikal bagi seorang penjaga gol yang baik.

 MUHAMMAD NAZRUL NA'IM
Pemain Tengah
- Mempunyai kredibiliti sebagai seorang ketua di tengah padang.

 MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM
Penyerang
- Hebat dalam mengelecek bola.

 MOHAMAD SYAFIQ RIZUAN
Penyerang
- Memiliki set piece yang baik.

 NORFAIZATUL IQBAL AYUB
Pemain Tengah
- Bijak dalam hantaran jauh.

 MOHAMMAD FATHULLAH DANIEL
Penjaga Gol
- Kesungguhan tinggi dalam mempertahankan gol daripada dibolosi.

 MUHAMMAD SOLEHIN MD NASIR
Penyerang
- Mempunyai penyudah yang baik.

 AINOL ISKANDAR MAHSUN
Pemain Tengah
- Hebat dalam percubaan jarak jauh.

 MUHAMMAD NURFIKRY RAZALI
Pemain Pertahanan
- Stamina yang tinggi. Mampu bermain lebih 90minit tanpa masalah.

 MUHAMMAD NUR AIMAN
Pemain Pertahanan
- Mempunyai fizikal yang tinggi bagi seorang pemain yang berumur 13 tahun.

MOHD IKMAL MUKMIN
Pemain Pertahanan
- Seorang pemain pertahanan yang serba boleh.

Ini merupakan antara fakta menarik pemain-pemian Soccer kIds All Stars. Jika ingin  ketahui lebih lagi anda boleh layari facebook kami SOCCERKIDSTV3 dan sertai kuiz mingguan kami. teruskan sokongan anda dan jangan lupa saksikan kami pada setiap Ahad 7.30 malam hanya di TV3.