Total Pageviews

Friday, October 5, 2012

Kemeriahan Kota London

By Iqbal Farok,

Kali ini Soccer Kids TV3 akan berkongsi pengalaman yang indah di Kota London bersama Pemain Terbaik dan Pemain Harapan 2011/2012, adik Muhammad Aiman dan juga Adik Aizat Safuan.

Mereka sangat bertuah kerana berpeluang dibawa ke kota London untuk menjalani latihan intensif di kelab terkemuka London Tottenham Hotspur.


 Ketibaan adik Muhammad Aiman dan Adik Aizat Safuan di perkarangan
 Lapangan Terbang Heathrow, London.


 Adik Aizat Safuan bersama ketua jurulatih Tottenham Hotspur mendapat pingat kasut emas kerana menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang sesi latihan bersama kelab Tottenham Hotspur.



 Sesi bergambar bagi mengingati kenangan bersama pemain dan barisan jurulatih Tottenham Hotspur.



 Adik Muhammad Aiman dan juga adik Aizat Safuan bergambar di White Hard Lane untuk merakamkan kenangan manis bagi menantikan pintu stadium di buka bagi perlawanan persahabatan Tottenham dan Barcelona.



  Adik Muhammad Aiman dan juga adik Aizat Safuan sedang kusyuk menyaksikan perlawanan persahabatan di antara Tottenham dan Barcelona.



 Detik untuk meninggalkan stadium dengan kemenangan berpihak ke atas Barcelona dengan kesudahan 3-1.



 Ketika di padang Spurs Lodge, pihak wartawan dari London menemuduga salah seorang dari peserta Soccer Kids.



Perjalanan yang mengambil masa selama satu jam setengah dari Tottenham ke Manchester. Ia memberi satu pengalaman yang amat menarik bagi adik-adik soccer kids.



 Tiket perlawan Manchester United dan Wigan Athletic di Stadium Old Trafford.



 Suasana ketika menantikan pemain-pemain masuk ke padang di Old Trafford, Manchester.



 Merakam detik kegembiraan selepas menyaksikan perlawanan di antara Manchester United dan Wigan Athletic di Stadium Old Trafford, Manchester.



 Suasana ketika semua penonton yang keluar dari Stadium Old Trafford selepas sesi perlawanan di antara Manchester United dan Wigan Athletic.



 Berjalan-jalan di Kota London menggunakan perkhidmatan bigbus yang sangat popular di Kota London ini.



Adik Muhammad Aiman dan juga Adik Aizat Safuan yang berada di Marble Arch ketika sesi lawatan di sana.



 Siapakah Lelaki berjaket hitam di sebelah adik Aiman? nak tau siapa? itulah Orang kuat dalam soccer kids, orang ini adalah Abang kid.



Trafalgar Square, di antara tempat yang anda perlu lawati. Jika anda perhati di belakang patung singa itu, terdapat bendera Malaysia kerana disitu terletaknya Malaysia tourism office.



 Kalau datang ke Kota London tidak sah kalau tidak mengambil gambar bersama public phone di sana. Cuba lihat 2 pemain pilihan ini seperti local people di sana.



 Buckingham Palace, di sinilah letaknya Istana Ratu Elizabeth.



 Sesi pengambaran di Green Park. Banyak tupai tupai berkeliaran di sini.



 Inilah London Eye, ia seperti eyes of Malaysia. Di sini mereka dapat melihat permandangan di Kota London yang indah dan menawan.



 Adik Muhammad Aiman dan Adik Aizat Safuan bergambar bersama seorang pemain Felix yang masih kecil tetapi berbakat besar dalam permainan bola sepak.




 Stadium White Hart Lane, kami sempat merakamkan gambar di dalam stadium. Walaupun hanya perlawanan persahabatan diantara pemain-pemain muda tetapi yang hadir menyaksikan perlawanan itu seperti kelab-kelab besar yang mengadakan perlawanan.