Total Pageviews

Friday, October 5, 2012

Kemeriahan Kota London

By Iqbal Farok,

Kali ini Soccer Kids TV3 akan berkongsi pengalaman yang indah di Kota London bersama Pemain Terbaik dan Pemain Harapan 2011/2012, adik Muhammad Aiman dan juga Adik Aizat Safuan.

Mereka sangat bertuah kerana berpeluang dibawa ke kota London untuk menjalani latihan intensif di kelab terkemuka London Tottenham Hotspur.


 Ketibaan adik Muhammad Aiman dan Adik Aizat Safuan di perkarangan
 Lapangan Terbang Heathrow, London.


 Adik Aizat Safuan bersama ketua jurulatih Tottenham Hotspur mendapat pingat kasut emas kerana menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang sesi latihan bersama kelab Tottenham Hotspur.



 Sesi bergambar bagi mengingati kenangan bersama pemain dan barisan jurulatih Tottenham Hotspur.



 Adik Muhammad Aiman dan juga adik Aizat Safuan bergambar di White Hard Lane untuk merakamkan kenangan manis bagi menantikan pintu stadium di buka bagi perlawanan persahabatan Tottenham dan Barcelona.



  Adik Muhammad Aiman dan juga adik Aizat Safuan sedang kusyuk menyaksikan perlawanan persahabatan di antara Tottenham dan Barcelona.



 Detik untuk meninggalkan stadium dengan kemenangan berpihak ke atas Barcelona dengan kesudahan 3-1.



 Ketika di padang Spurs Lodge, pihak wartawan dari London menemuduga salah seorang dari peserta Soccer Kids.



Perjalanan yang mengambil masa selama satu jam setengah dari Tottenham ke Manchester. Ia memberi satu pengalaman yang amat menarik bagi adik-adik soccer kids.



 Tiket perlawan Manchester United dan Wigan Athletic di Stadium Old Trafford.



 Suasana ketika menantikan pemain-pemain masuk ke padang di Old Trafford, Manchester.



 Merakam detik kegembiraan selepas menyaksikan perlawanan di antara Manchester United dan Wigan Athletic di Stadium Old Trafford, Manchester.



 Suasana ketika semua penonton yang keluar dari Stadium Old Trafford selepas sesi perlawanan di antara Manchester United dan Wigan Athletic.



 Berjalan-jalan di Kota London menggunakan perkhidmatan bigbus yang sangat popular di Kota London ini.



Adik Muhammad Aiman dan juga Adik Aizat Safuan yang berada di Marble Arch ketika sesi lawatan di sana.



 Siapakah Lelaki berjaket hitam di sebelah adik Aiman? nak tau siapa? itulah Orang kuat dalam soccer kids, orang ini adalah Abang kid.



Trafalgar Square, di antara tempat yang anda perlu lawati. Jika anda perhati di belakang patung singa itu, terdapat bendera Malaysia kerana disitu terletaknya Malaysia tourism office.



 Kalau datang ke Kota London tidak sah kalau tidak mengambil gambar bersama public phone di sana. Cuba lihat 2 pemain pilihan ini seperti local people di sana.



 Buckingham Palace, di sinilah letaknya Istana Ratu Elizabeth.



 Sesi pengambaran di Green Park. Banyak tupai tupai berkeliaran di sini.



 Inilah London Eye, ia seperti eyes of Malaysia. Di sini mereka dapat melihat permandangan di Kota London yang indah dan menawan.



 Adik Muhammad Aiman dan Adik Aizat Safuan bergambar bersama seorang pemain Felix yang masih kecil tetapi berbakat besar dalam permainan bola sepak.




 Stadium White Hart Lane, kami sempat merakamkan gambar di dalam stadium. Walaupun hanya perlawanan persahabatan diantara pemain-pemain muda tetapi yang hadir menyaksikan perlawanan itu seperti kelab-kelab besar yang mengadakan perlawanan.




Friday, June 8, 2012

Soccer Kids Perlawanan Akhir Akan Tiba....

By Nurul Oyun Rosli,

Salam Sahabat Soccer Kids semua :)
Selang seminggu sahaja lagi perlawanan akhir di antara Soccer Kids dan Burnley Fc akan berlangsung dan kita dapat menyaksikan siapakah yang akan memenangi perlawanan persahabatan yang kali kedua ini...seperti biasa setiap perlawanan kita inginkan kemenangan...team soccer kids sentiasa berusaha keras untuk melatih pasukan soccer kids lebih mantap..
Perlawanan persahabatan bersama Burnley Fc yang pertama,mereka mengadakan perlawanan di Australia..dan untuk perlawanan yang kedua, pasukan Burnley Fc pula datang ke negara kita untuk perlawanan akhir ini...

Entry kali ini kami akan kongsi beberapa kisah dan gambar semasa pasukan soccer kids berlatih di Australia...haa bukan mudah adik adik kita ni untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang sejuk dan sebagainya...tapi,semasa latihan dijalankan,mereka tetap bersungguh sungguh untuk mencapai misi utama mereka..Tiga Coach professional kita iaitu Coach Khalid Shahdan,Coach Din dan Coach Murthi sentiasa pantau prestasi pasukan soccer kids..Jom kita tengok beberapa gambar yang sempat kami rakamkan :)


 sebelum mula sesi latihan,Coach Jason juga ada kongsi tips tips ketika latihan.




Pasukan soccer kids ready for training :D

:)
Coach Murthi memberi arahan kepada pasukan soccer kids.

pasukan Burnley Fc juga berlatih bersama pasukan Soccer kids.

Abg Aidid juga tidak ketinggalan untuk memanaskan badan :)

Pasukan Burnley Fc sempat menangkap gambar untuk korang semua :)

Jadi anda semua jangan lupa saksikan episode 15 minggu ini,Hari ahad jam 7:30 malam hanya diTv3.. :)
 sampai disini sahaja entry kali ini..minggu hadapan InsyaAllah saya akan updates episode akhir Soccer kids musim ke 4....kita jumpa lagi.. Assalamualaikum :)

Wednesday, May 16, 2012

PENYINGKIRAN PERTAMA BERLAKU ...

BY Nurul Oyun Rosli

Salam Sahabat Semua :)

lama kita tak updates entry baru soccer kids...harap anda semua sihat sejahtera....
Entry kali ini saya ingin kongsikan penyingkiran yang pertama berlaku dalam soccer kids musim ke 4 ini..seperti yang kita sedia tahu,setiap pelajar akan di catit markah oleh Coach untuk melihat pontensi masing masing..Ada yang semakin meningkat prestasinya..ada juga yang semakin menurun..
Professional coach kita telah sehabis boleh untuk melatih peserta soccer kids..
Tetapi,keputusan muktamad oleh coach tetap akan dijalankan...Dua peserta Soccer kids telah tersingkir :-

Nur Khir Aiman Bin Saidul Bakhri
Izziudin Bin Izron.
Mereka terpaksa menamatkan latihan didalam soccer kids musim yang ke 4 ini...mungkin rezeki mereka bukan di soccer kids..peluang mereka terbuka luas diluar sana..kami di soccer kids sentiasa mendoakan kejayaan adik Khir Aiman dan adik Izziudin :)
kami kongsikan beberapa gambar semasa penyingkiran berlaku ~


adik Izziudin sempat berjumpa dgn rakan rakan lain
sebelum dikeluarkan.
Adik Khir semasa mengumumkan penyingkiran.

Izziudin


hari terakhir berada di MSN .

Tandatangan dan ucapan oleh Izziudin


Mereka juga diberi penghormatan terakhir untuk memberi ucapan
kepada rakan rakan mereka yang terus berjuang di Soccer Kids.
Semoga kita berjumpa lagi dimasa hadapan..
selamat maju jaya adik izziudin dan adik khir aiman.

Jangan Lupa menyaksikan perjalanan soccer kids Setiap hari Ahad Jam 7:30 malam..
Hanya Di Tv3 ~
untuk lebih informasi boleh layari FaceBook kami : https://www.facebook.com/Soccerkidstv3 .

Monday, April 16, 2012

destinasi ke PORT DICKSON !!! ^^

By Nurul Oyun Rosli

Assalamualaikum :)
Apa khabar semua sahabat Soccer Kids ^^ entry yang lepas kami ada updates peserta soccer kids kita ke Singapura....sapa yang tengok mesti tau jalan cerita dia..kali ini kami nak updates tentang adik adik kita ni ke Port Dickson pulak..dengar cerita peserta soccer kids kita tak tau pun yang diorang ni semua akan ke PD, konon-kononnya lepas je dari Singapura terus la balik kan..rupa-rupanya ada lagi tempat persinggahan diorang ni..hahaha.... seronok bukan main lagi...jom kita tengok apa aktiviti aktiviti menarik yang sempat kami rakamkan ^^ -
haa nampak? naik ATV lagi adik kita sorang ni ^^
amacam garang tak? haha.. ^^
peace ^^
haha.. team Soccer Kids pun tak lepaskan
peluang nak naik jugak.. ^^
Bila menjelang malam,Adik adik kita ni ke pantai pulak untuk mempelajari tentang haiwan yang comel iaitu Penyu.. Menurut kajian,penyu ini dah wujud dari 208 tahun dahulu..fuuhh lama tuu..Penyu ini juga tergolong dari haiwan yang semakin pupus..peserta soccer kids juga sekali gus dapat belajar tentang penyu dan cara cara untuk memelihara haiwan ini :) baguskan ??

walaupun letih aktiviti siang tadi.. adik adik kita ni
tetap gagahkan diri untuk aktiviti malam ^^
gelegat peserta soccer kids,abg aidid pun sempoi :)
kecik comel ^^
:)
haha..masa ni sebenarnya adik kita baru je lepaskan seekor penyu.
jadi adik kita sorang ni mendoakan kesejahteraan penyu tu..
comell kan?? hehe.. ^^
dah berakhir dah episod kat Port Dickson ni... macam macam diorang dapat belajar dan memahami tentang kehidupan haiwan yang semakin pupus...semoga apa yang diperolehi oleh adik adik ni semua tak akan disia- siakan....
sebelum nak pulang,Abg aidid kasi satu senyum
special kat semuaa.. haha... SMILE !^^
Jangan Lupa saksikan Soccer kids Setiap hari ahad
jam 7:30 malam hanya di Tv3 !! ^^
FACEBOOK kami : https://www.facebook.com/Soccerkidstv3 .

Friday, April 6, 2012

Soccer Kids Di Singapura !!!!

By Nurul Oyun Rosli .

Assalamualaikum semua.. :)
ok kali ini saya nak ceritakan kisah kisah menarik peserta Soccer Kids berada di Negara orang..bukan mudah untuk mereka berdikari sendiri,yelaa selama ni pergi kemana-mana mesti dengan ibu bapa..jauh pulak tu..destinasi pertama mereka ialah pergi ke Singapura untuk perlawanan persahabatan dengan team WSA..perlawanan itu juga merupai perlawanan pertama bagi peserta soccer kids musim ke 4 ini..jom kita tengok gambar yang sempat kami rakamkan untuk anda ^^ :-

Team Soccer Kids di Singapore Polytechnic Sports Complex.
Pihak lawan Soccer kids - Team WSA .
mesti ada yang tertanya-tanya siapakah gerangan dua jejaka ni kan?
mereka berdua adalah orang kuat dalam soccer kids musim ke 4 ini..
ni saya nak memperkenalkan yang berambut putih tu adalah
Encik Baskaran,penerbit Executive soccer kids dan yang lagi sorang tu pun
Penerbit,Encik M.Samsairol atau nama panggilannya Kid ^^
haa abg Aidid pun bersemangat tengok adik adik kita ni berlawan,
sempat jugak kami snap pic candid ni... haha..jangan marah
yea abg Aidid ^^
sepanjang soccer kids musim ke 4 ini,Gatorade telah sponsor kami minuman
yang bertenaga untuk adik adik kita ni..terima kasih Gatorade ^^
sebelum perlawanan bermula,Coach Murthi telah memberi kata kata
semangat supaya mereka tidak lupa strategi yang dah ditetapkan.
nak tau keputusan penuh perlawanan ini?? kene tengok
soccer kids minggu hadapan ^^
Bila dah sampai singapura tu,tak sah la kalau kita tak berjalan ke tempat tempat menarik yang ada kat singapura ni?? kami bawa adik adik kita ni ke Universal Studio !! jom kita tengok gelagat yang menarik yang sempat snap :-
gambar pertama kami nak kongsi mesti la dengan lambang Universal Studio..
nak bg anda semua jeless sikit.. hehe.. Selamat Datang Universal Studio ^^
:)
amboii seronok betul..macam macam tempat mereka ni masuk.. ^^
pose dik jangan tak pose ^^
adik adik ni sempat juga masuk dalam "Transformes The Ride"
ni..yang kat rumah tu tak jeles ke? hehe ^^
okeylah untuk destinasi kami ke singapura ni saya akhir kat disini sahaja..Next entry saya akan updates peserta soccer kids kita ke Port Dickson pulak..dengar cerita mereka ade pengalaman menarik kat sana....jadi anda semua sentiasalah menjenguk Blog kami ni yea??
jangan lupa juga jenguk kami di Facebook https://www.facebook.com/Soccerkidstv3
kerana banyak hadiah hadiah menarik kami nak bagi kepada anda dengan hanya join Contest mingguan yang kami lakukan.. mudah sahaja ^^
Soccer kids akan bersiaran setiap hari Ahad jam 7:30 malam hanya di Tv3 ^^ Assalamualaikum,jumpa lagi ~