Total Pageviews

Tuesday, October 4, 2011

Soccerkids kembali!!

Setelah tiga musim berlalu, Soccerkids kini kembali dengan musim yang ke empat. Soccerkids musim ke empat memulakan sesi pemilihan di Johor Bahru..

'Seawal jam tujuh pagi adik-adik nie dah berkumpul kat padang.. Bersemangat sungguh adik-adik kita nie..'














Seperti tahun-tahun sebelumnya, Johor Bahru mendapat sambutan yang menggalakan daripada adik-adik kita. Sejak awal pagi lagi adik-adik kita telah berkumpul di Dataran Bandaraya Johor Bahru..











Seperti biasalah audition Soccerkids turut di hadiri oleh ibubapa adik-adik kita nie. Yang menariknya ada ibubapa yang lebih bersungguh-sungguh berbanding anak-anak mereka.


'Gelagat ibubapa turut memeriahkan audition Soccerkids di Johor Bahru nie...'







Ada ibubapa yang turut sama menjerit-jerit kat luar padang menyokong anak-anak mereka. Tak kurang juga ada ibubapa yang turut sama memberi arahan kat anak-anak mereka macam mana nak main bola..

Macam-macam gelagat yang ada kat audition kali nie. Yang tak dapat dilupakan ada seorang bapa nie yang marah kat krew sebab tak sediakan pen untuk dia.

Dia cakap dia datang sini bawa anak dia nak main bola bukan nak pergi sekolah. Bila krew tanya anak dia bawa kasut bola tak, dia boleh plak cakap tak bawa.. Aish!! Macam mana tu??

Kalau nak cakap pasal semangat, adik-adik kat Johor Bahru nie memang bersemangat. Ada seorang adik siap menangis lagi pasal tak dapat nak tunjukkan kehebatan dia kat coach..


'Haa.. Nie lah sebahagian aksi-aksi menarik adik-adik di Johor Bahru.. Masing-masing nak tunjukkan kehebatan..'








Adik nie kaki die melecet. Sebab tulah dia tak dapat nak main bola betul-betul. Kesian juga tengok adik nie. Dia betul-betul bersemangat tapi tak dapat nak main elok-elok pasal kaki dia melecet..


'Bukan main tekun lagi adik-adik kita nie dengar taklimat daripada Coach.. Kalo nak jadi pemain bola sepak yang bagus kenalah dengar cakap coach..'






Ingat Shahril lagi tak? Shahril nie pernah sertai audition Soccerkids yang lepas. Tapi dia tak dapat nak sertai pasukan Soccerkids sebab dia cuti bersunat. Kali nie dia cuba lagi. Kalo nak tahu Shahril nie terpilih atau tidak kena lah tunggu ye..


'Yang berbaju merah tu lah Shahril.. Dah tiga tahun berturut-turut dia pergi audition Soccerkids..'



Tulah serba sedikit sepanjang audition Soccerkids di Johor Bahru. Kalau nak tau lebih lanjut pasal audition Soccerkids Johor Bahru nantikan Soccerkids Musim ke 4..


Sebahagian gelagat krew produksi sepanjang audition Soccerkids di Johor Bahru...








Jangan lupa untuk like facebook/SoccerkidsTV3. Pelbagai informasi dan aktiviti melibatkan Soccerkids ada kat situ. Teruskan menyokong Soccerkids untuk memajukan sukan bola sepak Malaysia..



No comments:

Post a Comment