Total Pageviews

Thursday, February 17, 2011

Banyaknye kejutan...


Banyak betul kejutan yang pemain Soccerkids musim nie dapat ye. Lepas satu-satu kejutan budak-budak nie dapat. Minggu nie juga ada kejutan untuk budak-budak nie.

Minggu nie budak-budak nie dikejutkan dengan kehadiran seseorang. Terkejut juga budak-budak nie. Maklumlah muka orang tu bukan main garang lagi. Masing-masing muka dah mula cuak. Nak tau siapa orang tu, jangan lupa tengok Soccer kids Ahad nie.


Training minggu nie Coach lebih menekan pada posisi pertahanan. Mana tak nye, kan budak-budak nie kalah first game die orang.Kalo tak macam mana nak menang games lepas nie.


Tak kan asyik nak training aje. Kenalah berhibur gak. Budak-budak pun tau gak stress. Nak hilangkan stress budak-budak nie di bawa mereka berjalan ke Putrajaya. Amboi amboi amboi... bukan main seronok lagi budak-budak nie. Dah lama tak berjalan-jalan katanye. Sebab tu seronok semacam je.. Nak tau budak-budak nie buat apa kat Putrajaya kenalah tengak Soccer kids, 7.30 malam Ahad nie. Tengok jangan tak tengok!!!


Selain dari main bola sepak, budak-budak nie juga kena promosikan program Socccer kids. Budak-budak dan Coach di jemput hadir ke rancangan Malaysia Hari Ini (MHI).Masing-masing muka cuak. Pas dah masuk studio MHI semua cuak hilang. Maklumlah satu Malaysia dapat tengok die orang. Makin glamour lah dia orang lepas nie..

Kalo nak tau lebih lanjut episode apa yang ada dalam minggu nie jangan lupa tengok Soccer kids kat TV3 Ahad 7.30 malam. Layari juga laman sosial kami kat Facebook. Banyak gambar budak-budak nie kat situ.

Bagi yang terlepas episode yang lepas layari http://www.tonton.com.my/ dan sertai peraduan Soccerkids di www.tv3.com.my/soccerkids3 . Pelbagai hadiah menarik seperti Ipad, PSP dan banyak lagi....



Aksi-aksi menarik dalam Soccer kids episode 6.

No comments:

Post a Comment