Total Pageviews

Wednesday, March 30, 2011

Menikmati keindahan dan keunikan Thailand

Kedatangan pasukan Soccerkids ke Thailand bukan hanya untuk friendly match dengan Chonburi FA. Alang-alang dah berada di Thailand adik-adik Soccerkids dibawa berjalan-jalan di sekitar Pattaya. Pelbagai tempat yang menarik adik-adik nie lawati. Maklumlah bukan selalu dapat melawat negara orang.

Di Thailand adik-adik nie dibawa ke Nong Nooch Tropical Garden. Taman nie merupakan taman tropical yang terbesar di Asia Tenggara. Macam-macam yang ada kat taman nie.



Pasukan Soccerkids bergambar kenangan di Butterfly Hills.


Amboi amboi. Berposing sakan adik-adik kita nie.

Taman nie bukan hanya ada Zoo je. Taman nie juga merupakan Pusat Kebudayaan Thailand. Pelbagai aktiviti kebudayaan Thailand dapat di lihat kat sini. Antaranya tarian kebudayaan Thailand, persembahan Muai Thai dan macam-macam lagi.


Selalu tengok kat dalam tv je, sekarang dapat tengok live Muai Thai. 


Kat tempat lain takde. Kat sini je dapat tengok gajah gaduh.


 Penari-penari nie cantik-cantik belaka. Patutlah adik-adik Soccerkids nie khusyuk je tengok persembahan nie.

Pelbagai gelagat adik-adik Soccerkids dapat di lihat sepanjang berada di Thailand. Kalau nak tengok gelagat mereka dan tempat-tempat yang menarik di Thailand jangan lupa tengok Soccerkids hari ahad nie di TV3.

Kat sini juga mereka di bawa menyaksikan persembahan gajah. Pelbagai aksi yang menarik gajah-gajah ni lakukan. Antara gajah kayuh basikal. Kat Thailand je boleh tengok semua nie. Kalau nak nak tengok aksi-aksi gajah nie kenalah tengok Soccerkids. Tengok jangan tak tengok.


Bukan orang Thailand je yang pandai menari, gajah Thailand pun pandai menari.

Bukan setakat pandai menari je, kayuh basikal pun boleh juga.


Siap berhias sakan gajah-gajah kat sini. Nak nampak cantik dan menarik lah katakan.


Berani ke tak Hidayat ngan Haikal nie. Gajah tak makan orang dik. Gajah kat sini semua dah dijinakkan.


Kalau kat Malaysia orang je boleh bawa basikal. Kat Thailand gajah pun boleh bawa basikal.

Dah puas tengok gajah, adik-adik nie bawa pulak ke Butterfly Hill. Pemandangan kat sini memang cantik-cantik belaka. Rasa tenang dan selesa dah berada kat sini. Patutlah adik-adik nie seronok je berada kat sini.


Pemandangan kat Butterfly Hills nie memang cantik dan menenangkan.


Keindahan taman kat sini berdasarkan keunikan dan kecantikan rama-rama.


Memang rasa tenang dan selesa sepanjang berada di Butterfly Hills.

Sebelum pulang ke Malaysia, adik-adik nie di bawa ke Floating Market. Kat sini mereka dapat melihat keunikan dan budaya negara Thailand yang sememangnya popular dengan pasar terapung.


Keindahan dan keunikan Floating Market sering menarik minat pelancong ke sini.


Kat sini je dapat tengok orang berniaga kat dalam perahu.


Siap bergambar dengan mak cik yang berniaga kat sini lagi. Nak dapat diskaun lah tu.


Pasti terpesona dengan keindahan dan keunikan Floating Market.

Bagi yang terlepas episode yang lepas layari http://www.tonton.com.my/ dan sertai peraduan Soccerkids di www.tv3.com.my/soccerkids3 . Pelbagai hadiah menarik seperti Ipad, PSP dan banyak lagi. Layari juga laman sosial Facebook kami.


   

3 comments:

  1. bila tunjuk dorang maen ngan kelab thai?
    takkan 30 minit jee...
    xbest laa..potong ngan commercial break lagi...
    nak tgk full match . . please tv3 .


    :hopping around:

    ReplyDelete
  2. Nak tanya sikit. Adakah budak-budak soccer kids ni pergi ke tokong budha di Thailand dan buat sekali upacara penyembahan berhala diorang? Sebab baru tadi saya tengok ada budak soccrekids yang seolah-olah tengah menyembah berhala dalam preview di TV3. Tolong jelaskan. Ini bukan perkara main-main. Ini melibatkan akidah.

    ReplyDelete
  3. kepada Cahaya Sufi ... Lain kali tengok dan dengar betul2 apa yang disebut dan dikeluarkan dalam highlight dan rancangan soccer kids. Yang menyembah berhala tu team chomburi FC dari Thailand bukan pasukan soccer kids. Cuba la fikir secara logik, adakah team penerbitan soccer kids yang 90 peratus beragama islam akan membuat sesuatu yang bertentangan dengan agama islam. Lain kali dengar dan tengok rancangan sampai habis baru tau apa cerita. Apa pun terima kasih atas komen diberi.

    ReplyDelete