Total Pageviews

Friday, March 4, 2011

Latihan semakin di pertingkatkan...


Sebelum nie pemain-pemain Soccerkids diberikan pelbagai latihan mengenai permainan bola sepak. Dah puas training bagaimana nak buat hantaran, bagaimana nak menyerang, Coach Suhaimi nak tunjukkan pula cara nak release otot-otot yang tegang.


Release kan otot penting untuk setiap pemain bola sepak. Coach Suhaimi cakap pemain-pemain kena 100 peratus release kan otot mereka. Kalau tak buat pemain akan mudah cedera dalam permainan. Kalau nak tengok gelagat pemain-pemain Soccerkids release kan otot, jangan lupa tengok Soccerkids.


Walaupun sibuk dengan latihan dan friendly match, pemain-pemain Soccerkids tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Episode kali ini pemain-pemain Soccerkids di bawa ke Masjid Wilayah Persekutuan untuk menunaikan solat Jumaat.


Kalau dah duduk sebumbung tu mesti ada peselisihan faham nye. Pertelingkahan kecil berlaku di antara Faisal dan Hidayat. Kalau nak tau apa punca peselisihan faham tu, kenalah tengok Soccerkids Ahad nie di TV3.

Memandangkan perlawanan akhir semakin hampir, Coach mengambil keputusan untuk memperkemaskan permainan mereka. Latihan bagaimana nak menjaringkan gol di utamakan. Ini kerana pemain-pemain masih mempunyai masalah dalam menjaringkan gol. Kalau nak tengok macam mana latihan yang Coach berikan jangan lupa tengok Soccerkids.

Bagi yang terlepas episode yang lepas layari http://www.tonton.com.my/ dan sertai peraduan Soccerkids di www.tv3.com.my/soccerkids3 . Pelbagai hadiah menarik seperti Ipad, PSP dan banyak lagi. Layari juga laman sosial Facebook kami.


  

No comments:

Post a Comment