Total Pageviews

Tuesday, March 22, 2011

Jauh perjalanan luas pemandangan...


Soccerkids musim ke 3 nie banyak betul kejutan. Lepas satu, satu kejutan yang mereka dapat. Kalau sebelum nie semua friendly match kat Malaysia, tapi kali ini mereka di bawa ke Thailand untuk perlawanan persahabatan. 

Bukan main seronok lagi mereka semua lepas Coach Azmi cakap nak bawa mereka ke Thailand untuk friendly match. Macam-macam gelagat adik-adik kita nie. Ada yang seronok, ada yang takut. Maklumlah sebelum nie asyik lawan team dalam Malaysia je, skang nie dapat peluang lawan team luar negara sape yang tak seronok. Barulah mencabar.


Dari kiri Haikal, Ikmal dan Fareez. Masing-masing dengan bangga menunjukkan tiket masing-masing.


Masing-masing khusyuk mendengar taklimat sebelum menaiki kapal terbang.


Abang Yus nie lah penjaga mereka sepanjang berada di Akademi Soccerkids.  

Kat sana nanti mereka akan menentang pasukan Chonburi FA. Chonburi FA nie bukan calang-calang pasukan. Ramai juga pemain pasukan kebangsaan Thailand mula bermain dengan kelab nie. Pasukan nie juga merupakan salah satu pasukan yang terbaik di Thailand.

Bagi menyesuaikan diri dengan cuaca dan keadaan padang di Thailand, pemain Soccerkids diberi kesempatan untuk  berlatih terlebih dahulu di padang Chonburi. Padang bola sepak mereka jauh lebih baik daripada padang kat Malaysia. Memang bertuah betul lah adik-adik kita dapat main kat sana.


Inilah stadium yang mencipta sejarah Soccerkids, Pattaya United Stadium.


Coach Azmi tidak pernah jemu memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepada pemain.


Walaupun di negara orang, mereka tidak lupa untuk menyanyikan lagu Negaraku sebelum latihan.


Macam-macam cara latihan yang pemain Soccerkids pelajari sepanjang berada di Akademik Soccerkids.


Coach Suhaimi turut serta berlari bersama pemain bagi meningkatkan keyakinan pemain.


Bagi memastikan kemenangan dalam perlawanan ini pemain tekun menjalani latihan.

Tengah training ada plak kejadian yang tak di ingini berlaku. Ada sikit pelanggaran antara Faisal dengan Hidayat. Ibu jari kaki Faisal tercedera. Nampak macam sakit. Siap nanggis lagi si Faisal. Nak tau teruk ke tak kecederaan tu kenalah tengok Soccerkids Ahad nie.


Para permain mempersiapkan diri sebelum perlawanan pada sebelah malam.


Para pemain tekun mendengar arahan dan strategi oleh Coach Azmi sebelum perlawanan.


Sesi pemanasan badan penting untuk memastikan para pemain bersedia sebelum perlawanan bermula.


Para pemain dan Coach bergambar kenangan di Pattaya United Stadium.


Ketua kedua-dua pasukan bersalaman dan bertukar cenderamata sebelum perlawnan bermula.


Kedua-dua pasukan mempamerkan pesembahan yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini.


Hidayat berusaha keras bagi mengekang asakkan pasukan Chonburi FA. 

Bagi yang terlepas episode yang lepas layari http://www.tonton.com.my/ dan sertai peraduan Soccerkids di www.tv3.com.my/soccerkids3 . Pelbagai hadiah menarik seperti Ipad, PSP dan banyak lagi. Layari juga laman sosial Facebook kami.



No comments:

Post a Comment