Total Pageviews

Sunday, March 6, 2011

Bersedia dari segi mental dan fizikal...


Bagi mempersiapkan diri menghadapi perlawanan persahabatan yang seterusnya pemain-pemain Soccerkids di ajar oleh Coach Asri bagaimana nak jadi pemain pertahanan yang baik. Mereka di ajar tentang bagaimana kedudukkan dan pergerakkan badan ketika berhadapan dengan pemain lawan.


Latihan ini dijalankan kerana pemain-pemain Soccerkids masih lagi lemah dari segi pertahanan. Ini kerana hampir semua perlawanan sebelum ini mereka dibolosi terlebih dahulu. Coach Asri harap latihan ini dapat memperkemaskan lagi pertahanan pasukan Soccerkids.


Di akademi Soccerkids nie pemain-pemain bukan hanya berlatih main bola sepak je. Kat sini juga mereka turut diberi kursus-kursus motivasi bagi mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal.


Minggu nie pemain-pemain Soccerkids diberikan motivasi oleh Nor Khiriah. Kelas yang dikendalikan oleh Kak Nor nie cukup meriah. Kelas nie bertujuan untuk memberikan persedian kat pemain-pemain Soccerkids bagaimana nak berhadapan dengan media dan orang ramai. Kalau nak tengok gelagat Nor Khiriah dan pemain-pemain Soccerkids jangan lupa tengok Soccerkids Ahad nie.



Amboi amboi amboi, bukan main tekun lagi pemain-pemain mendengar nasihat yang diberikan oleh Kak Nor.


Kelas motivasi yang di jalankan oleh Kak Nor cukup meriah dan di iringi gelak tawa dan gelagat Kak Nor dan pemain-pemain Soccerkids.



Dari kiri Aizat, Haikal, Din, Fareez, Daneal dan Syamierul mendengar arahan Kak Nor tentang apa yang nak di lakukan.


Bagi nak hilang penat dan tension training, Coach ambil keputusan untuk bawa pemain-pemain ke Sunway Lagoon. Bukan main seronok lagi mereka. Maklum lah macam-macam pemainan ada kat sini. Kat sini mereka  pergi Scream Park, Terminator X A Laser Battle For Salvation, Wagon Whell dan lain-lain.


Macam-macam gelagat pemain-pemain Soccerkids nie. Ada yang takut lah, seronok lah dan macam-macam lagi lah. Kat sini juga mereka diberi kesempatan untuk menyaksikan teater Peter Pan The Musical. Teater nie dibawakan khas dari United Kingdom. Jangan lupa tengok Soccerkids Ahad nie kat TV3.

Selain kelas motivasi ngan Kak Nor, pemain-pemain nie turut diberiakan motivasi oleh Prof Izzi. Kelas nie bertujuan untuk meningkatkan daya usaha di kalangan pemain Soccerkids. Melalui kelas nie mental pemain-pemian akan berada pada tahap yang lebih baik.


Kelas motivasi di bawah kendalian Prof Izzi nie tak kering gusi di buatnya. Gelak ketawa sepanjang masa pemain-pemain Soccerkids.


Pemain-pemain fokus dalam mengikuti kelas yang dikendalikan oleh Prof Izzi.


Bergambar kenangan bersama Prof Izzi. Dari kiri Coach Suhaimi, Coach Azmi, Coach Lim dan Fisio Amar.


Bagi menguji peningkatan pemain-pemain Soccerkids, Coach Azmi telah mengaturkan friendly match menentang pasukan PKNS under 13. Perlawanan nie cukup menarik kerana pemain-pemain kedua-dua pasukan sebaya, saiz badan yang hampir sama dan kualiti pemainan yang sama. Kalau nak tahu keputusan perlawanan nie jangan lupa tengok Soccerkids....


Pemain-pemain tekun mendengar nasihat dan rancangan Coach bagaimana nak merobek gawang Pasukan PKNS under 13.



Azim (baju kelabu) salah seorang pemain Soccerkids musim lepas yang turut hadir memberikan sokongan kepada pasukan Soccerkids musim ke 3.


Pemain kedua-dua pasukan bersalaman sebelum memulakan perlawanan.



Coach Suhaimi (kiri) sedang berbincang dengan Coach Azmi tentang mutu permainan pasukan Soccerkids dan merancang strategi untuk merobek gawang gol PKNS.  



  Pemain-pemain duduk keletihan setelah mengharungi perlawanan yang sengit menentang pasukan PKNS. 


Bagi yang terlepas episode yang lepas layari http://www.tonton.com.my/ dan sertai peraduan Soccerkids di www.tv3.com.my/soccerkids3 . Pelbagai hadiah menarik seperti Ipad, PSP dan banyak lagi. Layari juga laman sosial Facebook kami.



No comments:

Post a Comment