Total Pageviews

Wednesday, June 5, 2013

TETAP ADA KONTROVESI !!!

Oleh M Samsairol Che Aman

Setelah pulang dari Thailand kini mereka meneruskan latihan dan kami membawa mereka ke Indonesia untuk perlawanan persahabatan yang seterusnya. 

Bak kata orang, kalau dah sampai ke Indonesia nie kenalah cuba masakan Minang. Jadi kami bawa mereka ke salah sebuah restoran masakan Minang yang popular di sini.


Masing-masing dah tak sabar nak menjamu selera masakkan Minang.


Nak dijadikan cerita mereka makan sehingga dah tak larat nak training. Sebenarnya kami pihak pengurusan agak serba salah kepada pemain kerana pihak jurulatih menjaga makan minum mereka dengan betul tetapi apa salahnya sekali sekala kami berikan makanan minang untuk menjadi santapan mereka, bukan selalu tetapi bila dah dapat makan tu dia sehingga dah tak larat nak berjalan.


Ketika perlawanan ada sedikit ketengang berlaku diantara pemain Caribbean Soccer Academy dan Asnan. Asnan hampir bergaduh di gelangang, nasib baik Asnan ditenangkan oleh Apai.
Pihak Pengurusan Primeworks Studios sedang membincangan perlaksaan aktiviti selain dari perlawanan persahabatan. Bukan mudah untuk merancangan aktiviti yang melibatkan negara luar. Kami cuba buat yang terbaik untuk pemain Soccerkids All Stars serta kami juga inginkan paparan yang menarik untuk anda dirumah.
  
Inilah persiapan yang kami perlu bawa ketika perlawanan persahabatan di Indonesia. Gambar disebelah kanan Izzafiq sedang menolak troli untuk membawa kesemua peralatan untuk berlatih. Bukan saja Izzafiq malah kesemua pemain juga perlu membawa kelengkapan latihan mereka. Ini salah satu latihan disiplin yang harus mereka biasakan.



Inilah pemain Caribbean Soccer Academy mereka umur bawah 17 tahun. 
 

                           
Inilah pemain Soccerkids All Stars. Kesemuanya berdebar-debar untuk menentang pihak lawan. Mereka memikul tanggungjawab yang besar untuk memastikan Soccerkids All Stars tidak pulang dengan tangan kosong.


Faisal sempat mencuba menjadi salah seorang crew. Manalah tahu satu hari nanti dia nak jadi cameraman.






Aidid Marcello melayan pemain Soccerkids bagaikan adiknya sendiri. Mereka sangat mesra dengan Aidid, bagi mereka Aidid adalah abang yang sentiasa ada untuk adik-adiknya.

Banyak lagi yang menarik, jadi jangan lupa saksikan Soccerkids All Stars Setiap Ahad 7.30 malam hanya di TV3. Sertai kuiz mingguan kami untuk memenangi hadiah yang menarik.
 

2 comments:

  1. pertandingan antara caribbean dan soccer kids berakhir dengan jaringan 1-0 yang dimenangi oleh soccer kids

    ReplyDelete
  2. Hello,
    Very nice blog.
    Here is very good information about soccer.

    Thanks! for sharing.
    westchester soccer club

    ReplyDelete