Total Pageviews

Wednesday, June 5, 2013

MULA LEBARKAN SAYAPMU!!!

oleh M Samsairol Che Aman


Kemenangan pasukan Soccerkids ketika di Thailand amat di luar jangkaan kami. Sebenarnya kami mengandaikan jaringan Soccerkids All Stars tidak lah sehingga 3 berbalas 0. Chonburi FC bukan satu nama yang kecil , kelab ini telah banyak memenangi liga dan perlawanan persahabatan di serata dunia.



Solihin sempat beramah mesra dengan tetamu dari Indonesia ketika kami di sebuah restoran di Bangkok. Katanya ini adik Safee Sali ya?



Detik yang agak cemas apabila keluar dari terowong stadium untuk sepak mula. Bukan sahaja pemain yang berdebar-debar, kami yang duduk dibangku simpanan turut merasakan debaranya.
Inilah kesebelasan pertama Chonburi FC serta Soccerkids All Stars.
 
 


Upacara penukaran bendera bagi tanda penghargaan dan persahabatan.


Saat saat solihin cuba menjaringan jaringan pembukaan Soccerkids All Stars.
 Scoreboard di Chonburi FC Jaringan pertama pada minit ke 12.

 Detik cemas yang dilalui apabila Chonburi mendapat sepakan percuma di depan gawang Soccerkids All Stars.


 Walaupun tewas mereka mempamerkan permainan yang cukup menarik serta memberikan saingan yang hebat buat pemain Soccerkids All Stars. Well Done Chonburi FC.


 Apa-apa pun ini satu perlawanan persahabatan yang cukup sengit sehingga kan kami tidak senang duduk dibangku simpanan, pemain juga dapat mempelajari teknik permainan dari mereka.



Pemain Soccerkids All Stars juga cukup bertuah. Mereka dapat berlatih seketika bersama jurulatih kelab Chonburi tersebut. Kami menerima maklum balas dari penonton di tweeter ada yang menyata program ini bukan tentang bola sepak tapi jalan jalan makan angin.


Sebenarnya apa yang kami paparkan adalah realiti kehidupan sebenar pemain bola sepak kita. Sekiranya mereka menjalani latihan di antarabangsa mereka juga tidak melepaskan peluang untuk kunjungi tempat-tempat yang menarik untuk dijadikan kenangan suatu hari nanti. Salah ke kami berikan layanan sebegini kepada pemain Soccerkids All Stars yang penat mengharumkan nama Malaysia ketika pelawanan antarabangsa. Apa yang kami berikan adalah sebagai tanda terima kasih kerana mereka telah menunjukkan prestasi yang baik .


Ramai juga yang tweet "kenapa Soccerkids nie semua dah tua macam bapak orang?" mungkin yang tweet ini tidak mengikuti perkembangan SOCCERKIDS ALL STARS.  SOCCERKIDS ALL STARS  adalah gabungan di antara pemain Soccerkids musim 1, 2, 3 dan 4. Sempena usia Soccerkids yang ke 5 sebab tu kami ingin membuktikan bahawa apa yang kami lakukan ini adalah satu permulaan bagi mereka yang mempunyai bakat dalam arena bola sepak ini.

Selepas ini mereka akan ke mana? Nantikan mereka. Jangan lupa sertai kuiz mingguan kami yang anda akan membawa pulang hadiah yang menarik. Jadi saksikan Soccerkids All Stars setiap Ahad jam 7.30 malam hanya di TV3.

No comments:

Post a Comment