Total Pageviews

Thursday, March 29, 2012

Kemeriahan bergandaaa !!!! :)

By M Samsairol Che Aman


Setelah puas kami mencari akhir nya 24 peserta telah pun berjaya dipilih. Al maklumlah bukan senang nak puaskan hati orang Malaysia ini. Sepanjang penjelajahan saya dan krew penerbitan pelbagai kenangan pahit dan manis kami lalui. 

kisah yang pertama:
Ketika pemilihan ada yang maki hamun pihak penerbitan sebab konon nya prosidur kami menyusahkan. Siap ada pakcik nie rampas borang dari pertugas kami. tak puas hati lagi siap marah marah kerana tak bagi anak dia tempat teduh pastu tak sediakan makanan. Encik yang budiman kalau kami nak sediakan makan untuk seluruh peserta yang datang baik saya buat rumah terbuka ala ala Cuti  Cuti 1Malaysia katanya.


Kisah yang kedua :
Semasa menjalani sesi latihan di bukit jalil kuala lumpur, ada yang peserta nak balik sbb katanya ada game untuk wakil Malaysia, Walhal yang jaga untuk pasukkan malaysia coach khalid tak tau pun satu benda. rupa rupanya salaha paham ade org yang mempergunakan nama team malaysia. Sedih lah!!! banyak persatuan yang diluar sana memperjudikan mana team malaysia Ingat ibu bapa sekalian sekiranya melibatkan pasukkan Malaysia pastikan coach nya datang dari FAM bukan dari pelbagai lubuk ya.

Kisah yang ketiga :
Sepatutnya pihak soccerkids ke Negeri Sembilan untuk perlawanan persahabatan. Tapi yang sedihnya pada hari yang untuk perlawanan itu team tersebut tidak dapat datang kerana katanya bus rosak. Semua persediaan telah pun dilakukkan tapi sayang kami terpaksa batalkan perlawanan persahabatan itu. kalau tak mesti akan ada penyingkiran.

Kisah ke empat: 
Ketika kami ke oversea Singapura masing masing teruja al maklumlah bukan senang nak pegi holiday berbayar bak kata orang. masing masing sibuk berjalan sampai kan ada pihak kami yang lupa nak record. Lagi lah hauk nak tunjuk kan penonton nanti lagi susuh kalau tak ada visual yang menarik. Tapi nasib baik mereka mula sedar dan lakukan tugasan masing masing kalau tak u all tengok still photo jer lah....

sebenarnya banyak lagi kisah menarik yg nak kami kongsikan bersama cuma tunggu lah dulu kalau semua cerita sekarang tak de bahan nak cerita minggu depan. yang penting jangan lupa sertai kuiz terkumpul Soccerkids yang hadiahnya ticket penerbangan ke Jepun dan Australia, kau mampu. kalau tak kita tgk mana tau ade rezeki anda menang. Kalau free jgn lupa singgahlah ke facebook kami https://www.facebook.com/Soccerkidstv3. nak komen nak hentam kami terima seadanya. :)




ni kami nak share beberapa gambar sepanjang kami berada di singapura..warm up sikit okey??




Setiap pagi pemain soccer kids akan diadakan senaman untuk
kecerdasan fizikal yang dilatih oleh Coach profesional kami :)
peserta soccer kids tercedera dalam perlawanan
Juru Latih dari pasukan WSA
Juru Latih dari pemain Soccer kids
pemain soccer kids yang sudah bersedia untuk berentap
dengan pasukan WSA

jangan lupa Saksikan episod penuh soccerkids setiap hari Ahad 7:30 mlm hanya di TV3!!  ..

2 comments:

  1. bro, just pandangan saya untuk soccer kids

    http://sokerleaks.blogspot.com/2012/04/soccer-kids.html

    ReplyDelete
  2. BRO...thanks for your comment and sudi mengikuti perkembangan rancangan soccer kids...utk pengetahuan semua..pelajar yg terpilih untuk memasuki soccer kids dari musim pertama sehinggalah musim ke 4 telah memasuki sekolah sukan negara mahupun negeri antaranya sekolah sukan bukit jalil,sekolah sukan tengku mahkota johor,sekolah sukan mutiara impian,penang free school,frenz football academy dan lain2. mereka juga sekarang sedang mengikuti liga piala president dan liga piala kementerian pelajaran malaysia. ramai yg mengcadangkan agar pihak tv3 menubuhkan academy soccer kids. sebenarnya itulah impian kami disini..untuk melihat generasi bola sepak kita setaraf dengan negara luar terutama united kingdom.tahukah anda bahawa sepanjang soccer kids ini berlangsung tidak ada satu pun pihak yg tampir untuk memberi tajaan penuh. kos yg pihak tv3 keluarkan adalah hampir 1juta untuk sebulan ..jadi cuba anda bayangkan berapa banyak yg perlu diperuntukaan untuk jangka masa panjang...kalau dibandingkan seperti thailand atau negara2 lain mereka mempunyai banyak NGO yg sudi tampil memberikan sponsor...sekiranya mengharapkan pihak tv3 sahaja ianya memang mustahil kerana untuk menubuhkan academy memerlukan kos yg amat-amat tinggi....secara terus terang..kami di tv3 tidak melihat ianya sebagai satu perniagaan...kami disini mengcungkil bakat dan menyediakan satu platform agar orang luar atau NGO dapat melihat bakat mereka dan memberikan tajaan mereka. namun setakat ini kami masih lagi belum menerima apa2. kalau anda menganggap usaha kami untuk mengejar rating atau satu perniagaan..anda memang silap...apa2 pun bro thanks for ur comment...teruskan memberi idea serta comment kepada kami...salam dari kami..team soccer kids...

    ReplyDelete