Total Pageviews

Wednesday, February 15, 2012

Mengimbas Kembali...

By M Samsairol Che Aman

Kalau kita ingatkan kembali pada musim musim yang lalu kebanyakkan pemain soccerkids telah pun diberikan pendedahan yang menarik tidak kira cara bermain bola hingga lah menjalani hidup sebagai pemain bola yang profesional.

Tapi bukan lifestyle yang seperti ini 

David Beckham dengan Roll Royce!! 

Wayne Rooney dengan Mercedes!!!

Cristiano Ronaldo dengan Bentley!!

Bukan seperti ini tetapi kami hanya mampu berikan mereka tentang bagaimana untuk menjadi  seorang pemain yang terbaik dan mengekalkan prestasi mereka.Bukan mudah untuk melahirkan pemain yang terbaik dalam masa sebulan. Tapi ini merupakan salah satu sumbangan kami untuk industri bola sepak Malaysia, Jadi kami akan berjuangan demi negara dengan cara begini.

team Malaysia yang merangkul emas ketika di sukan SEA

Seperti tahun tahun yang lalu pihak TV3 telah pun membawa pemenang soccerkids ke luar negara bagi menyaksikan bagaimana pasukkan internasional beraksi. Yang menariknya pada musim ke 3 pemenang di bawa ke london untuk latihan bersama Akademi Tottenham Spurs.

Haikal and Faizal di Stadium White hart lane 

Ternyata apa yang jadi datang luar dari jangkaan kami apabila prestasi mereka terlalu berbeza dengan pemain di sana. Hampir semua pemaian disana selesa dengan kehadiran faizal dan Haikal.

Turut hadir bersama faisal dan haikal ialah Bred and Monty from Hong kong. 

Banyak yang mereka pelajari dari kehidupan orang di london hingga lah cara untuk menjadi pemain yang lebih profesional. Tak kira lah dari segi latihan, makan serta penampilan.

Di lounge tottenham spurs 

Pemain Soccerkids bersama monty and bredly . walaupun mereka baru berkenalan disana tapi mereka mudah mesra. Kenangan yang dibawakan oleh Soccerkids untuk mereka adalah yang tidak ternilai harganya. Bukan saja mereka malah kami pihak pengurusan juga terasa bertuah kerana dibawa ke London untuk menjalani rakaman disana.


Tahukah anda kerusi yang mereka duduk ini bernilai $1000 pound (RM 5000)  Setiap satu kerana mereka ditempah khas. Bayangkan berapa banyak kerusi yang mereka ada.... 

Peter crouch, bayangkan berapa tinggi mamat nie. Mungkin pintu rumah dia ditempah khas bagi mengikuti spesifikasi tinggi dia.

Tergamam bila dapat berjumpa Gareth bale, siapa sangka mereka akan bertentang mata dengan pasukkan utama Tottenham dan pemaian untuk negara England

Jangan lupa saksikan mereka soccerkids musim ke 4 yang akan bermula pada mac 2012 dan yang pastinya mereka akan memberikan pelbagai kejutan untuk anda semua dan sertai quiz mingguan kami, jika ingin memenangi ticket penerbangan ke Perth Australia dan Osaka Jepun dari Air Asia X . Layari www.tv3.com.my/soccerkids4 dan facebook kami "Soccerkidstv3" . kami tinggalkan anda dengan sudutan menarik akan datang......










No comments:

Post a Comment