By M Samsairol Che Aman
Pada hari mula menjejakkan kaki di kota London kami menghadapi dugaan kerana cuaca di sini mencecah 5*C sebab kami touch down kira-kira jam 7 malam. Ketika itu musim sejuk dan ini merupakan pengalaman pertama krew produksi menjalankan pengambaran ketika musim sejuk.
Syafiq ketika menjejakkan kaki buat kali ke dua di kota London.
Beratur untuk ke kaunter imigresen.
Ketika di Heathrow Airport saya agak risau sekiranya jika pemain disoal, mereka tidak dapat menjawab kepada pihak imigresen. Syukur mereka dapat berinteraksi dengan baik ketika melepasi sempatan antarabangsa.
Sempat bergambar sebelum keluar dari airport.
Yang menariknya apabila mereka melihat kesemua mereka seragam soalan pertama yang ditanya " where you guys come from?" Salah seorang pemain cakap Malaysia. You come here for what? Jawab pemain football training. " ohh really" you training with which club? QPR. Jawapan yang paling kami tak boleh terima "oh you training with rubbish club.. hahaha" Macam biasa kami pun gelak sebab kalau lawan balik nanti dia hantar balik Malaysia plak.
Di hadapan Hotel tempat kami menginap.
Selesai di airport kami dibawa ke Hotel. Kami menginap di Hotel Royal Cambridge yang terletak di Sussex Garden. Terletak di tengah bandar dan ia merupakan hotel yang cukup strategik untuk menginap. Kami pilih untuk tinggal di bandar bagi memudahkan pergerakkan kami untuk pergi ke 2 kawasan iaitu Harlington and Waltham Abbey .
Ini lah tempat latihan 1st team QPR
Berjalan ke tempat persiapan untuk berlatih |
Syafiq tak lepaskan peluang untuk bergambar di tempat yang bakal mencipta sejarah buat dirinya. |
Azam seronok berlatih di tempat orang, "susah nak percaya yang saya dah sampai sini" katanya.
Bilik persalinan kami "uhhhh nama pasukkan kami di bilik QPR!!!"
Latihan yang diberikan sama dengan pemain akademi mereka. Coach Lee Hayes tidak menafikan kehebatan pemain Soccer Kids All Stars.
Faisal dan pemain yang lain memberi tumpuan sepenuhnya ketika latihan dijalankan. Siapa cakap mereka tak faham. Mereka semua memberikan komitmen yang tinggi.
Kali ini mereka menjalani latihan di QPR. Bukan mudah untuk dapat berlatih di padang bertaraf antarabangsa. Tempat latihan ini adalah tempat latihan yang sama digunakan oleh 1st team mereka. Untung sangat.
Pihak pengurusan mereka agak terkejut kerana mereka pernah tidak menerima kunjungan serta memberi latihan kepada pemain dari luar. ini merupakan pengalaman pertama mereka. Ini baru betul Exclusive!!
Perlawanan persahabatan di sini, mereka akan berentap dengan pemain akademi QPR bawah 16 tahun. Mereka sudah 4 tahun berlatih bersama. Adakah pemain Soccer Kids All Stars berjaya menewaskan mereka. Saksikan soccerkids minggu ini.
Persiapan akhir sebelum perlawanan persahabatan.
Coach Murthi mengharapkan kemenangan dari pemain Soccer Kids All Stars.
Susah untuk bernafas dengan cuaca yang sangat sejuk, ini akan memberi kesan terhadap permainan mereka menentang QPR-U16 nanti.
Saksikan kami, Soccerkids All Stars Menentang QPR-U16 Academy
Jangan lupa sertai kuiz mingguan kami dan layari facebook kami SOCCERKIDTV3.